Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 

Syawal Dirai, Ukhwah Diperkuatkan

23 April 2025 - Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Akauntan Negara Malaysia - Syawal Dirai, Ukhwah Diperkuatkan

Putrajaya, 23 April 2025 - Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bagi Bulan April anjuran Institut Perakaunan Negara (IPN) telah diadakan di Dewan Serbaguna JANM pada hari ini.

Perhimpunan yang bertemakan “Syawal Dirai, Ukhwah Diperkuatkan” telah dirasmikan oleh Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Puan Nor Yati Ahmad. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Puan Noorlida Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Puan Zainani Jusoh, Pengarah-pengarah Bahagian dan warga JANM.

ANM dalam ucapan menyeru semua warga JANM untuk terus memperkukuh ukhuwah dan membentuk semangat kekitaan (sense of belonging) selari dengan salah satu Nilai Bersama SPECIAL iaitu Kerja Berpasukan (Esprit de Corp) bagi mencapai matlamat bersama dan memberi impak positif kepada perkhidmatan yang diberikan.