6 Mei 2025 – Seminar Perakaunan Pengurusan 2025
PUTRAJAYA, 6 Mei 2025 – Seminar Perakaunan Pengurusan 2025 yang bertemakan ‘Perakaunan Pengurusan: Daripada Data Kepada Pembuatan Keputusan’ anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diadakan dengan jayanya hari ini.
Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi mewakili Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar telah merasmikan Seminar Perakaunan Pengurusan Tahun 2025 ini. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan , YBrs. Tuan Ramzi bin Mansor, Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Puan Nor Yati binti Ahmad, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian (KSU) serta Ketua Eksekutif Badan Berkanun (CEO) di bawah Kementerian Kewangan (MOF) dan Pengurusan Tertinggi daripada 28 kementerian dan agensi kerajaan.
8 kementerian telah dianugerahkan Sijil Inspirasi Perakaunan Pengurusan kerana telah melaksanakan Perakaunan Pengurusan dan melibatkannya dalam pembuatan keputusan di peringkat pengurusan tertinggi kementerian. Kementerian tersebut adalah Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah dianugerahkan dengan Anugerah Khas Perakaunan Pengurusan atas kejayaan melaksanakan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan kerajaan yang mantap.
Sepanjang seminar ini juga, 5 pembentangan iaitu 3 pembentang daripada sektor korporat, seorang pembentang daripada badan profesional perakaunan dan 2 orang panel bagi forum daripada kementerian telah dijemput untuk membentangkan pembentangan masing-masing kepada lebih 200 peserta dari pelbagai kementerian.