Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 
26 Oktober 2026 - Sesi Libat Urus bersama Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
PULAU PINANG, 26 OKTOBER 2026 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) hari ini.
 
Delegasi JANM yang diketuai Akauntan Negara Malaysia (ANM), YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar turut disertai oleh Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Puan Nurhuda binti Harun; Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), Encik Tarmizi bin Tamby Chik serta Sekretariat Piawaian Perakaunan Islam.
 
Kehadiran delegasi JANM disambut oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ,YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid yang juga merangkap Yang Dipertua MAINPP, bersama Ahli-Ahli Majlis MAINPP.
 
Sesi ini memberi tumpuan kepada penerangan dan penyelarasan pelaksanaan Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW) bagi memperkukuh integriti pelaporan kewangan, akauntabiliti serta pematuhan prinsip syariah dalam pengurusan dana ummah.
 
Program turut merangkumi tayangan montaj dan pembentangan oleh Sekretariat PPIBZW JANM bagi meningkatkan kefahaman Ahli-Ahli Majlis MAINPP terhadap kerangka piawaian tersebut.
 
JANM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAINPP atas sambutan mesra dan kerjasama erat dalam menjayakan usaha memperkukuh pelaksanaan PPIBZW.