Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Penolong Akauntan Gred W27 ke Gred W32. Syarat-syarat pemangkuan mengikut Skim Perkhidmatan Perakaunan Gred W27 ke Gred W32 adalah seperti berikut :-

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;

  2. Telah berada di gred lantikan jawatan Penolong Akauntan Gred W27 sebelum atau pada 31 Disember 2008;

  3. Mencapai markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2012, 2013 dan 2014) tidak kurang 80%;

  4. Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

  5. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;

  6. Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan;

  7. Bebas daripada tindakan dan hukuman tatatertib ; dan

  8. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Permohonan hendaklah menggunakan borang yang dicetak hanya melalui ePerkhidmatan. Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :

  1. Satu (1) salinan borang permohonan cetak online melalui ePerkhidmatan Pemangkuan (e-Borang JANM/M2);

  2. Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang dikemaskini;

  3. Kelulusan Perisytiharan Harta yang terkini (dalam tempoh 5 tahun);

  4. Salinan Kelulusan Tapisan Keutuhan; dan

  5. Salinan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) bagi Tahun 2012, 2013 dan 2014;

Sukacita diingatkan bahawa pemangkuan ini berkemungkinan melibatkan penempatan ke tempat lain. Oleh yang demikian, permohon adalah dikehendaki menyatakan sama ada bersedia bertukar atau tidak, sekiranya diluluskan pemangkuan. Untuk makluman tuan/puan jua, penempatan sebenar permohon adalah tertakluk kepada pertimbangan akhir Jabatan ini demi kepentingan perkhidmatan secara keseluruhannya.

Ketua-Ketua Jabatan adalah dipohon supaya menyampaikan maklumat-maklumat ini kepada semua Penolong Akauntan Gred W27. Lembaga Kenaikan Pangkat JANM juga berhak menentukan pemohon-pemohon yang mempunyai markah Laporan Penilaian Prestasi yang cemerlang sahaja layak dipertimbangkan. Permohonan yang lewat diterima dari tarikh tersebut atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan. Permohonan berserta dokumen-dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Jabatan ini selewat-lewatnya pada 22 JANUARI 2016 di alamat :

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 7, No.1, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
62594 W.P.PUTRAJAYA
(u.p : Puan Maniza binti Mahfuz)

Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut :-

 Bil

 Nama Pegawai

 No. Telefon

 e-mail Jabatan

@anm.gov.my

 1.

Puan Baizurah binti Sabri

 03-88821308

 baizurah

 2.

Puan Nor Fariza binti Sulaiman

 03-88821098

 fariza

 3.

Puan Siti Noor Lisshahrikin binti Ali Nordin

 03-88821092

 ikin

 

Muat turun iklan pemangkuan bagi urusan yang berkaitan di atas, sila klik di sini.