Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Korporat Latar Belakang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam.

Bahagian-bahagian di JANM terdiri daripada :

  1. Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan (BPPP)
  2. Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA)
  3. Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
  4. Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
  5. Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
  6. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
  7. Bahagian Khidmat Perunding (BKP)
  8. Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
  9. Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF)
  10. Institut Perakaunan Negara (IPN)

Selaras dengan objektif JANM yang mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pelanggan, JANM kini telah berkembang kepada 24 pejabat Negeri / Cawangan di seluruh Malaysia.

Peneraju JANM

Jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 16 orang Akauntan Negara. Pada tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh anak tempatan.

Senarai nama Akauntan Negara dari 1946 hingga sekarang adalah seperti berikut:-

Bil Nama Tahun
1 G.G.T Browne 1946
2 E.A.Joy 1947-1949 dan 1951 – 1952
3 J.H.Newbigging Memangku jawatan Akauntan Negara pada tahun 1950
1953 – 1955
4 C.E. Gascoigne 1956 – 1957
5 H.C. Roberts 1958 – 1962
6 D. Mortimer 1964 – 1966
7 YBhg. Dato’ Shamsir bin Omar 1967 – 1989
8 Y.M. Raja Dato’ Seri Abdul Aziz bin Raja Salim 1990 – 1993
9 YBhg. Dato’ Mohamed Adnan bin Ali 1994 – 1999
10 YBhg. Datuk Siti Maslamah bt Osman 2000 – 2003
11 YBhg. Dato’ Othman bin Abdullah 2003 – 2005
12 YBhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud 2005 – 2010
13 YBhg. Datuk Wan Selamah binti Wan Sulaiman 2010 – 2014
14 YBhg. Dato’ Haji Che Pee bin Samsudin 2015 - 2017
15 YBhg. Datuk Saat bin Esa 2017 - 2019
16 YBhg. Datuk Dr. Yacob bin Mustafa 2019 - 2023
17 YBrs. Puan Nor Yati binti Ahmad 2023 - Sekarang



Note :
En. Mohammad Raslan bin Abdullah memangku jawatan Akauntan Negara pada tahun 1963
En. Zainul Abidin bin Yahya telah menanggung kerja sebagai Akauntan Negara pada 1989 - 1990

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup