Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perakaunan Negara akan menganjurkan program seperti berikut:
Tajuk Program : Seminar Penyelidikan & Inovasi Perakaunan Sektor Awam Kebangsaan (SPIKe) 2025
Tarikh : 28 & 29 Julai 2025 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 7, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Seminar ini akan dilaksanakan secara bersemuka dan akan menampilkan sebanyak sebelas sesi pembentangan sepanjang dua (2) hari penganjuran.
Pegawai yang berminat untuk menyertai seminar ini boleh mengisi borang pendaftaran melalui pautan berikut: https://forms.cloud.microsoft/r/X5VTWxEP66 sebelum atau pada 16 Julai 2025 (Rabu).
Peserta yang terpilih akan menerima emel jemputan rasmi untuk menghadiri seminar ini secara bersemuka.