Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 

Lawatan PEMNA

7 - 9 Jun 2023 - PEMNA T-Corp Study Visit - Cambodia to Malaysia

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) menerima lawatan sambil belajar dari pegawai -pegawai Kementerian Ekonomi dan Kewangan Kemboja yang bermula dari 7 hingga 9 Jun 2023. Lawatan ini adalah anjuran Public Expenditure Management Network in Asia (PEMNA) di bawah program Treasury Community of Practice (T-CoP) Study Visit.

Delegasi Kemboja seramai 12 orang tersebut yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perbendaharaan Negara Kemboja, Mr. Suon Vichet telah disambut oleh Timbalan Akauntan Negara (Operasi),YBrs. Pn. Sarimah Hussain dan pegawai-pegawai kanan JANM.

Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk mempelajari bagaimana Malaysia melaksanakan transisi dari sistem tunai ke perakaunan akruan.