Lawatan YB Menteri Kewangan II ke JANM
Putrajaya, 6 Jun 2024 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM) telah menerima kunjungan hormat dari Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan disini hari ini. Kehadiran beliau telah disambut oleh Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Puan Nor Yati Ahmad dan barisan pengurusan tertinggi JANM.
Sepanjang program ini beliau telah di bawa melawat ke Anjung JANM, Bahagian Akaun (BAMOF) dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat(BPTM).
Menariknya, beliau turut dibawa melawat ke bilik server di BPTM yang menempatkan server bagi sistem-sistem perakaunan yang digunapakai secara meluas di Malaysia seperti iGFMAS.
Sepanjang lawatan ini JANM turut memberikan penerangan dan informasi berkaitan fungsi dan hala tuju jabatan.