14 hingga 16 Julai 2024 - Mesyuarat Ketua Naziran (MKN) dan Mesyuarat Penyelarasan Akaun Terimaan (MPAT)
Mesyuarat Ketua Naziran (MKN) dan Mesyuarat Penyelarasan Akaun Terimaan (MPAT) telah diadakan pada 14 hingga 16 Julai 2024 bertempat di Shah Alam.
Mesyuarat ini melibatkan penyertaan seramai 74 orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada semua Ketua Seksyen Pemantauan/ Ketua Unit Naziran Pejabat Perakaunan di negeri, cawangan dan kementerian-kementerian.
Penganjuran mesyuarat ini merupakan satu platform kepada semua Pejabat Perakaunan bagi membincangkan isu-isu operasi dan perkongsian maklumat berhubung pelaksanaan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan serta membincangkan prestasi terimaan dan pematuhan prosedur kawalan terimaan Bahagian Akaun (BA) Kementerian & Cawangan Akaun Jabatan Kastam Diraja Malaysia (CA JKDM).