6 Ogos 2024 - Perasmian Persidangan NAPSAC ke-3
Ogos 2024, Melaka- Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan (NAPSAC) ke 31 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan YB Puan Lim Hui Ying dişini hari ini. Turut hadir adalah Akauntan Negara Malaysia (ANM) YBrs. Puan Nor Yati Ahmad, Presiden PSA Tuan Haji Ayub Zaidin,pengurusan tertinggi Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM) dan wakil bank-bank yang merupakan rakan strategik program.
Program yang bertemakan “Memacu Perakaunan Awam untuk Masa Hadapan yang Mampan” telah dihadiri oleh 598 akauntan Sektor Awam seluruh negara.
Sebanyak enam (6) topik perbincangan dibentangkan dengan memfokuskan kepada trend dan fokus tadbir urus peringkat global iaitu kemampanan (sustainability) dan pendigitalan.