2 Januari 2024 - Kunjungan Hormat Pengurusan Tabung Haji (TH ) Wilayah Persekutuan
2 Januari 2025 - JANM telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Tabung Haji (TH) Wilayah Persekutuan, yang diketuai oleh Tn Haji Abu Shukor Bin Jangga (Pengarah TH Wilayah Tengah), Tn Haji Ezham Bin Leman (Pengarah TH Negeri Wilayah Persekutuan), Pn Hajah Siti Nabillah Binti Annuar (Pengurus Cawangan TH Putrajaya), Puan Norhafizah Binti Ishak (Ketua Pemasaran Negeri Wilayah Persekutuan), Haji Muhammad Amin Bin Kamaruddin (Pegawai Pemasaran TH Cawangan Putrajaya) dan Haji Adam Haziq Bin Mohamad Ishak (Ketua Pentadbiran & Haji THWP).
Tujuan kunjungan ini adalah untuk beramah mesra dan merapatkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin di antara JANM dan TH. Di samping itu juga pihak TH telah menyampaikan maklumat perkembangan semasa TH serta produk-produk terkini yang telah diperkenalkan oleh TH kepada Pengurusan Tertinggi JANM.