Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 

IPSASB 1

YBrs. Pn. Noorlida binti Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Operasi) dan Pn. Juliana binti Saleh, Timbalan Pengarah PPPA, bersama Ian Carruthers, Pengerusi IPSASB dan Ross Smith, Pengarah Program dan Teknikal IPSASB di Mesyuarat IPSASB Sesi Jun 2025

YBrs. Puan Noorlida binti Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Operasi) telah menghadiri Mesyuarat IPSASB sebagai pemerhati dari 10 hingga 13 Jun 2025, serta turut menghadiri Mesyuarat Consultative Advisory Group (CAG) pada 9 Jun 2025. Kedua-dua mesyuarat berprestij ini telah berlangsung di Ontario Bar Association (OBA) Conference Centre, Toronto, Kanada.

Turut hadir sebagai pemerhati ialah Puan Juliana binti Saleh dari Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA), bagi menyokong peranan Malaysia dalam pelaksanaan dan pembangunan piawaian perakaunan sektor awam sejajar dengan amalan dan perkembangan terkini di peringkat antarabangsa.

Antara agenda penting mesyuarat bagi sesi Jun 2025 termasuk:

  • Pengukuran (Measurement): Fasa Aplikasi – Perbincangan isu dan kelulusan piawaian
  • Sumber Asli (Natural Resources) – Perbincangan lanjutan mengenai isu berkaitan pelaporan sumber asli dalam sektor awam
  • Pelaporan Kemampanan: Pendedahan Berkaitan Iklim (Climate-Related Disclosures) – perbincangan mengenai isu dan hala tuju pelaporan kemampanan sektor awam
  • Pertimbangan Materialiti (Making Materiality Judgements) – Perbincangan bagi memperkukuhkan panduan penilaian materialiti dalam penyediaan penyata kewangan
  • IPSAS 33, First-Time Adoption of Accrual Basis IPSAS – Perbincangan penambahbaikan piawaian bagi menangani kebimbangan pihak berkepentingan dengan menjadikan piawaian tersebut lebih mesra pengguna dan berkesan

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus kewangan sektor awam melalui pemantauan perkembangan semasa piawaian antarabangsa dan penglibatan aktif bersama pihak berkepentingan global.

📢 Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan

 

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#ExcellentAccounting@YourService