Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 

ppibzw

1 Julai 2025 - Pembentangan PPIBZW di Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI)

Pembangunan Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW) telah melakar peristiwa penting apabila berjaya membentangkan pemakaian PPIBZW di Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) kali ke 73 pada 1 Julai 2025.

Pembentangan telah disempurnakan oleh Timbalan Akauntan Negara (Korporat) Puan Zainani binti Jusoh, dengan diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP) Puan Naharriah Mohamed. Hadir bersama adalah Pengarah BPPP, Tuan Tarmizi Tamby Chik.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-Lah dan turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sebagai Timbalan Pengerusi MKI; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar; Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar serta wakil-wakil agensi agama seluruh negara.