Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 

23 Jun 2026 - Sesi Perbincangan Berkaitan Dapatan Awal Penyelidikan Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Pelaporan Kewangan dan Amalan Audit: Kajian Terhadap Rangka Kerja Kawal Selia Pelbagai Agensi di Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Oasis, Aras 8, AGD

PUTRAJAYA, 23 Jun 2026 – YBrs. Tuan Haji Mohd Azraai bin Md Aznan, Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (AGD) telah mempengerusikan Sesi Perbincangan Berkaitan Dapatan Awal Penyelidikan Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Pelaporan Kewangan dan Amalan Audit: Kajian Terhadap Rangka Kerja Kawal Selia Pelbagai Agensi di Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Oasis, Aras 8, AGD.

Sesi perbincangan ini diadakan bertujuan untuk meneliti hasil penemuan awal penyelidikan yang dibiayai di bawah Geran Penyelidikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain daripada menjadi platform penting untuk melihat bagaimana agensi teras seperti AGD dan SPRM dapat bekerjasama dalam menyelaraskan rangka kerja pelaporan kewangan serta amalan audit. Matlamat utama perbincangan ini adalah bagi memastikan prosedur sedia ada menjadi lebih mampan, telus, efisien dan bebas daripada sebarang ruang manipulasi atau risiko rasuah.

YBrs. Tuan Pengerusi turut merakamkan ucapan penghargaan ke atas perkongsian input strategik dan pembentangan dapatan kajian oleh YBrs. Profesor Dr. Nor Farizal Mohammed selaku Ketua Penyelidik Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kajian yang signifikan ini disasarkan untuk diangkat ke peringkat tertinggi bagi menyokong pembentukan dasar negara melalui platform strategik Kerajaan seperti Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Negara (JKKTN).

Turut hadir semasa mesyuarat ini ialah YBrs. TPj Mohd Azwan bin Ramli, Pengarah SPRM Negeri Selangor; Puan Fatimah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD) AGD; Encik Suryamulyono bin Jakobus, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPAD AGD; serta pegawai kanan daripada BPAD AGD dan SPRM bersama ahli penyelidik UiTM.