YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, Akauntan Negara Malaysia (ANM), telah merafak sembah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 21 September 2026 di Istana Perak, Kuala Lumpur.
Dalam sesi tersebut, YBrs. ANM menyembah maklum mengenai pelaksanaan Piawaian Perakaunan Islam Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW).
