Mesyuarat Pengarah Negeri dan Cawangan (MPNC) Bil. 3 Tahun 2026 telah berlangsung pada 22 hingga 23 Oktober 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Platinum, Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP).
Mesyuarat pada hari pertama telah dipengerusikan oleh Pengarah BPOPP, YBrs. Puan Ruzinah binti Rukun, manakala hari kedua dipengerusikan oleh Timbalan Akauntan Negara (Operasi) YBhg. Dato’ Ayub bin Haji Zaidin.
Mesyuarat ini merupakan platform penyelarasan yang diadakan sebanyak tiga (3) kali setahun bagi membincangkan pelbagai perkara strategik dan operasi yang berkaitan dengan pengurusan serta pentadbiran Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri dan Cawangan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah :-
- Pengurusan kewangan
- Perolehan
- Pelaksanaan inspektorat
- Pengurusan perjawatan dan latihan
- Pengurusan Wang Tak Dituntut
- Isu-isu lain yang berkaitan pengurusan jabatan.
Mesyuarat ini turut menjadi wadah untuk berkongsi pandangan, mengenal pasti cabaran serta merangka langkah penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memperkukuh tadbir urus organisasi.
