Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Arkib Pengumuman 2024 Arkib Berita/Pengumuman 2024 Pelawaan mengikuti Program Sijil Pentauliahan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS)

Poster BM

YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,

TAWARAN MENYERTAI PROGRAM SIJIL PENTAULIAHAN PIAWAIAN PERAKAUNAN SEKTOR AWAM MALAYSIA (MPSAS), JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) BAGI TAHUN 2024

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa JANM telah memperkenalkan Program Sijil Pentauliahan MPSAS sejak Tahun 2022 bagi mengiktiraf tahap kompetensi pegawai dalam mengaplikasi pengetahuan perakaunan dan kepakaran berkaitan proses kerja, peraturan dan sumber, keupayaan membuat keputusan dan pengurusan masa. Oleh yang demikian, JANM akan menganjurkan dua (2) siri Program Sijil Pentauliahan MPSAS sekali lagi pada tahun ini seperti ketetapan yang berikut:-

Bil.

Program Sijil Pentauliahan MPSAS

Tarikh Pelaksanaan

1

Siri 1 Tahun 2024

13 - 17 Mei 2024

2

Siri 2 Tahun 2024

9 - 13 September 2024

3. Untuk makluman tuan/puan, pegawai yang lulus dalam program ini akan mendapat sijil pentauliahan ini dan mendapat pengiktirafan gelaran ‘Certified MPSAS Practioner’ atau CMP daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

4. Pegawai-pegawai yang berminat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti di Lampiran A adalah dijemput untuk menyertai program pensijilan ini bagi sesi tahun 2024. Sila muat turun borang permohanan seperti di Lampiran B serta lengkapkan dan dikemukakan ke email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. seperti tarikh-tarikh yang telah ditetapkan:-

Bil.

Program Sijil Pentauliahan MPSAS

Tarikh Tutup

1

Siri 1 Tahun 2024

15 April 2024 (Isnin)

2

Siri 2 Tahun 2024

15 Julai 2024 (Isnin)

5. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi pegawai kami seperti berikut:

Bil.

Nama Pegawai

Telefon

Emel

i.

Mohd Said bin Mohd Rais

03-32172015

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ii.

Ahmad Nur Fairuz Bin Mashod

03-32172105

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

iii.

Nandakumar A/L Sandra Mohan

03-32172117

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

6. Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Klik di sini untuk muat turun surat tawaran.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup