Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berminat dan memenuhi syarat (rujuk MyPPSM Ceraian SR.5.1.8) untuk memohon kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa, Cuti Belajar Bergaji Penuh Tajaan Lain dan Cuti Belajar Tanpa Gaji untuk pengajian pada tahun 2026. Dokumen permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya empat (4) bulan sebelum pendaftaran pengajian (penyelidikan) / kuliah bermula (kerja kursus) kepada:

               Pengarah
               Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
               Jabatan Akauntan Negara Malaysia
               Aras 7, Kompleks Kementerian Kewangan
               No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2
               62594 PUTRAJAYA
               (u.p.: Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi)

Pegawai yang berkelayakan hendaklah membaca syarat-syarat yang dinyatakan dalam MyPPSM Ceraian SR.5.1.8 dengan teliti. Bersama-sama ini disertakan senarai semak permohonan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Pegawai dikehendaki menyediakan satu (1) set dokumen permohonan yang lengkap mengandungi borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah disahkan seperti yang dinyatakan dalam senarai semak. Softcopy dokumen tersebut juga hendaklah dikemukakan ke alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Selain itu, pegawai juga perlu memastikan maklumat peribadi yang berkaitan dikemaskini dalam HRMIS untuk semakan pihak BPPP selanjutnya.

Dokumen permohonan yang tidak lengkap/ lewat diterima daripada tempoh yang ditetapkan tidak akan diproses. Tarikh akhir mengemukakan dokumen permohonan untuk pengajian pada tahun 2026 adalah pada 1 Jun 2026. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, hubungi pegawai di talian 03 8882 1035/ 1188/ 1173/ 1143 atau e-melkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..       

Muat Turun: