Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman

Dimaklumkan bahawa IPN-CPD akan membuat pengambilan calon baru Program Profesional bagi Tahun 2017. Terbuka kepada akauntan lantikan JANM.

 

Tarikh tutup permohonan : 24 Februari 2017

 

Muat turun Surat edaran
Muat turun Brochure (maklumat) Program Profesional
Muat turun Borang Permohonan Program ACCA
Muat turun Borang Permohonan Program CIMA
Muat turun Borang Permohonan CPA Australia

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

PELAN LATIHAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA TAHUN 2017

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Perakaunan bertanggungjawab menyediakan Pelan Latihan bertujuan bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi pegawai perakaunan. Ia adalah sebagai platform penting ke arah peningkatan kemajuan kerjaya warga perakaunan yang terdiri dari Akauntan, Penolong Akauntan, dan Pembantu Akauntan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

 

Sehubungan itu, bagi tahun 2017, JANM telah mengatur beberapa kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi skim perakaunan sebagaimana yang digariskan di dalam Pelan Latihan tersebut. Semua kursus akan dilaksanakan oleh Institut Perakaunan Negara (IPN).

 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:

 

Puan Nur Shafinaz binti Muhamad
(Penyertaan Akauntan)
No. Tel: 03-88821170
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Encik Mohd Izzuddin bin Jasni
(Penyertaan Penolong Akauntan dan Pembantu Akauntan)
No. Tel: 03-88821089
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sila klik disini untuk maklumat lanjut

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI), REPUBLIC KOREA TAHUN 2017 BAGI KUMPULAN PELAKSANA GRED 27-40

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Di National Human Resources Development Institute (NHI), Republic Korea Tahun 2017 Bagi Kumpulan Pelaksana Gred 27-40. Program ini akan diadakan selam 12 hari bermula dari 3 April hingga 14 April 2017.

Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 25 Januari 2017 (Rabu). Maklumat lengkap berkaitan program, syarat-syarat permohonan dan lampiran kegiatan/aktiviti/sumbangan pegawai adalah seperti lampiran yang disertakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut: Puan Fauziah Binti Abdullah Tel: 03-8882 1188 / emel: fauziah_abdullah[@]anm[dot]gov[dot]my

Sila klik disini untuk maklumat lanjut

Sekian, terima kasih.

Adalah dimaklumkan bahawa JANM akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Pembantu Akauntan Gred W19 Siri 1 Tahun 2017, Bahagian II - Hal Ehwal Perakaunan dan Kewangan pada 25 April 2017 (Selasa).
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Klik disini.

 

Adalah dimaklumkan bahawa JANM akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Penolong Akauntan Gred W29 Siri 1 Tahun 2017, Bahagian III - Hal Ehwal Perakaunan dan Kewangan pada 25 April 2017 (Selasa).
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Klik disini.

 

Urusan Pengisian Jawatan Penolong Akauntan Gred W32 Di Education Malaysia Luar Negara 

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pengisian jawatan Penolong Akauntan Gred W32 di tempat seperti berikut :-
i. Education Malaysia Australia
ii. Education Malaysia Washington
iii. Education Malaysia London
iv. Education Malaysia Kaherah

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan ini mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi jawatan-jawatan tersebut. Permohonan berserta dengan dokumen-dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Jabatan ini sebelum atau selewat-lewatnya pada 23 JANUARI 2017 (ISNIN).

 

Muat turun surat edaran dan borang disini

Jadual e-Peperiksaan 2018

Sila klik di sini untuk muat turun Jadual Peperiksaan 2018 -> Link ke Jadual Peperiksaan 2018.

Tajuk Muat Turun
Waran Am - Perbelanjaan Pembangunan   Muat Turun
Waran Am - Mengurus Pembangunan   Muat Turun

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Subjek Jabatan Bilangan 2/2011 telah dikeluarkan.

Klik di sini untuk membuat semakan keputusan

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup