Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman

Urusan Pemangkuan Jawatan Pembantu Akauntan Gred W19 ke Gred W22 Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Pembantu Akauntan Gred W19 ke Gred W22 bagi Pembantu Akauntan Gred W19 yang telah dilantik sebelum atau pada 31 Disember 2008.

 

Tarikh tutup permohonan: 19 Jun 2017

 

Muat turun surat edaran klik disini

 

Pengisian Borang Permohonan Cetakan Online (eBorang JANM/M4)

**Bagi pegawai lantikan sehingga 31 Julai 2004, pegawai perlu mengemukakan borang permohonan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) 13 Tahun. Muat turun borang di Tab Muat Turun (item No.35) di sini

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan mengadakan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) pada 13-14 September 2017. Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah diharapkan agar dapat memaklumkan perkara ini secara menyuluruh kepada semua anggota di bawah seliaan tuan yang layak mendudukinya, termasuk anggota yang berkhidmat di agensi dan badan berkanun seliaan kementerian atau jabatan Y. Bhg Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan. Untuk maklumat lanjut:

Sila klik disini untuk surat siaran.
Sila klik disini untuk membuat permohonan.

Tarikh : 09 Mei 2017 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat : Dewan Serbaguna JANM Aras 7, JANM Putrajaya
 
Klik di sini untuk memo Kursus Bulanan

Klik di sini untuk membuat pendaftaran secara atas talian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tuan/puan,

 

Dimaklumkan bahawa tarikh tutup pemohonan Persidangan Pembantu Akauntan Sektor Awam Kali ke7 Tahun 2017 yg ditutup pada 21 April 2017 (Jumaat) akan dilanjutkan sehingga 2 Mei 2017 (Selasa).

 

Mereka yg berminat masih boleh mendaftar secara online melalui Portal Rasmi JANM.

 

Sila klik pautan :
http://www.anm.gov.my/index.php/arkib-berita-2017-main/3399-persidangan-pembantu-akauntan-sektor-awam-kali-ke-7-tahun-2024

 

Sekian, terima kasih

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Dato' / YBrs. Dr. / Tuan / Puan,  
Dimaklumkan bahawa pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan seperti di Lampiran telah dicalon untuk menghadiri Kursus TRM JANM bertajuk Perakaunan Akruan (Pertengahan) di IPN Sabak Bernam pada 16 -17 Mei 2017. Bersama-sama ini disertakan surat panggilan Kursus untuk perhatian dan tindakan YBhg. Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan.
Pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 02 Mei 2017 melalui link di bawah :
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

https://goo.gl/forms/QRHkJXSJaLRe57VF3  (sesuai dilayari menggunakan pelayar google chrome atau internet explorer) Sekian, terima kasih.

 

 

Semakan Keputusan Keputusan Pemangkuan Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Perakaunan Bil.1/2017 kini boleh disemak di Tab ePerkhidmatan > Kenaikan Pangkat atau klik di sini

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini sedang dalam proses mengumpul maklumat bagi urusan Pertimbangan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Perkhidmatan Perakaunan yang telah memangku pada 30 Jun 2016 dan sebelumnya.

Tarikh akhir permohonan : 8 Mei 2017

 Muat turun surat edaran klik disini

 

 Pengisian Borang Permohonan Cetakan Online (eBorang JANM/K1)

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan Jabatan ini telah menerima tawaran Biasiswa  Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) untuk Pengajian Pasca Siswazah (Ph.D dan Sarjana) dan seterusnya ingin mempelawa pihak YBhg. Tan Sri/Datul/Dato’/Datin/Tuan/Puan mencalonkan pegawai yang sesuai untuk memohon kemudahan biasiswa ini.

Sehubungan itu, YBhg. Dato’/  Tuan/ Puan semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 5 April 2017 (Rabu). Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Puan Fauziah Binti Abdullah

Tel: 03-8882 1188 / emel: fauziah_abdullah[@]anm[dot]gov[dot]my

Sila klik disini untuk maklumat lanjut

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Dato' / YBrs. Dr. / Tuan / Puan,  
Dimaklumkan bahawa pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan seperti di Lampiran telah dicalon untuk menghadiri Kursus Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan di IPN Sabak Bernam pada 10 - 13 April 2017. Bersama-sama ini disertakan surat panggilan Kursus untuk perhatian dan tindakan YBhg. Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan.
Pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 03 April 2017 melalui link yang diberi.
sila klik link yang telah dikemaskini di bawah:

https://goo.gl/forms/2npJx0EoaFB1BTsH3 (sesuai dilayari menggunakan pelayar google chrome atau internet explorer) Sila Klik disini untuk Maklumat lanjut.
 
Sekian, terima kasih.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup