Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman

 

Muat Turun SPANM

YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan,

 

Dimaklumkan bahawa JANM sedang melaksanakan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) bagi tahun 2017.

 

Pelaksanaan SPAN di JANM adalah berdasarkan Arahan Y.A.B. Perdana Menteri Siri 7 No. 1 Tahun 2007: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam yang bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program-program nilai murni di Jabatan dan seterusnya membantu membangunkan strategi bagi meningkatkan amalan dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan warga Jabatan.

 

Kerjasama dan kesudian YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan dipohon untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi soal selidik SPAN ini dengan melayari pautan http://www.interactive.jpa.gov.my/auditnilai/ dan memasukkan Kod Jabatan / Agensi : 3652 mulai 5 Oktober hingga 30 November 2017 adalah amat dihargai. Manual Pengguna SPAN boleh dirujuk di sini.

 

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Unit Integriti melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian 03-8882 1593/1697/1226.

 

Sekian, terima kasih

 

Muat Turun Manual SPAN

Perkhidmatan Penyenggaraan Perkakasan Rangkaian (Swicthes) di 24 Pejabat Perakaunan (PP) Jabatan Akauntan Negara Malaysia

 

Tempoh Iklan : 20 November 2017 (Isnin) hingga 13 Disember 2017 (Rabu)

 

Muat Turun Notis Iklan

Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam bagi jawatan Akauntan WA41 dan tarikh tutup permohonan secara atas talian adalah pada 27 Ogos 2017 (Ahad) jam 11.59 malam. Maklumat lanjut sila klik di sini (capaian link --> http://spa.gov.my/web/guest/iklan-peluang-kerjaya-dalam-perkhidmatan-a-10)

 

 

 

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah menawarkan kemudahan penajaan penajaan untuk kumpulan pelaksana bagi mengikuti pengajian di peringkat sijil dan diploma kemahiran Malaysia (TVET), Diploma dan Ijazah Pertama secara sepenuh masa sesi 2018.

Semua calon yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 29 September 2017 (Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut:

Puan Fauziah binti Abdullah Tel: 03-8882 1188 /
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puan Nur Shafinaz Binti Muhamad Tel : 03-88821170 /
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

atau

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan, PELAWAAN KEMUDAHAN JAPANESE GOVERNMENT (MONBUKAGAKUSHO:MEXT)YOUNG LEADERS’ PROGRAMME (YLP) SCHOLARSHIPS FOR 2018 Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah menawarkan kemudahan penajaan untuk warga JANM yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kemudahan ini. Semua Akauntan lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 3 salinan dokumen perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 12 September 2017 (Selasa). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut: Puan Fauziah binti Abdullah Tel: 03-8882 1188 /
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Cik Diyana binti Azhari Tel : 03-88821030 /
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Puan Rozalinda binti Md Rasip Tel: 03-8882 1185 /
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.
atau
Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

Sekian, terima kasih.

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan sukacitanya mempelawa kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia membuat tawaran bagi Sebut Harga "B" - Membekal, Menghantar Dan Menguji Peralatan Public Address (PA) System Di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tawaran diiklan : 18/08/2017

Tarikh tawaran ditutup : 25/08/2017

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang perkara berkaitan, sila muat turun dari pautan di bawah.

Muat turun di sini

 

Terima kasih.

IPNCPD mempelawa pegawai perakaunan JANM bagi mengikuti Program Keahlian Dalam Badan Profesional Certified Practising Accountants Australia (CPA Australia) , The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA): CIMA MIA Strategic Leaders Programme Tajaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Bagi Sesi Januari – Jun 2018

 

Tarikh tutup permohonan : 29 September 2017

 

Muat turun surat pelawaan CPA Australia

 

Muat turun surat pelawaan ACCA

 

Muat turun surat pelawaan CIMA

 

Terima kasih.

 

Tarikh : 17 Ogos 2017 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna JANM Aras 7, JANM Putrajaya

 

Klik di sini untuk memo Kursus Bulanan

Pendaftaran secara atas talian (Permohonan telah ditutup)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Tuan/ Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah menawarkan Program Biasiswa Lee Kuan Yew School of Public Policy bagi pengajian peringkat Sarjana secara sepenuh masa.

Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kemudahan ini. Semua Akauntan lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 3 salinan untuk borang permohonan dan 5 salinan kertas penyelidikan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 10 Ogos 2017 (Isnin). Calon/pemohon akan dipanggil temuduga dalam tempoh terdekat sebelum diperakui ke JPA. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut: Puan Fauziah binti Abdullah Tel: 03-8882 1188 /
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cik Diyana binti Azhari Tel : 03-88821030 /
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puan Rozalinda binti Md Rasip Tel: 03-8882 1185 /
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

Sekian, terima kasih.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup