Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2016

Tawaran mengikuti kursus "Pemahaman Penyata Kewangan Kerajaan"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Institut Perakaunan Negara (IPN) ingin melaksanakan Kursus Pemahaman Penyata Kewangan Kerajaan bertarikh 12 hingga 14 April 2016.


Sehubungan dengan itu kepada yang berminat dengan kursus berkenaan boleh melayari laman rasmi Institut Perakaunan Negara untuk membuat permohonan secara atas talian melalui alamat http://www.ipn.gov.my/ dengan memilih e-Kursus menggunakan Internet Explorer.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan urusetia iaitu Puan Nooraini binti Oon / Puan Rashidah binti Robani di talian 03-3217 2113 / 2133.

Sekian, terima kasih.

Iklan Sebut Harga Janm Bil. 2/2016

 

KERJA-KERJA PENYUSUNAN SEMULA PEJABAT BAGI PENYEDIAAN TAPAK PROJEK DATA CONVERSION & MIGRASI MAKLUMAT WANG TAK DITUNTUT (PDCMMWTD) DI BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT, JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA, TINGKAT 42, MENARA MAYBANK, KUALA LUMPUR

 

Tarikh tawaran diiklan : 11/01/2016

Tarikh Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak : 13 Januari 2016

Tarikh tawaran ditutup :20/01/2016

 

Sila muat turun di sini untuk maklumat lanjut.

Iklan Sebut Harga JANM/BPTM Bil. 1/2016

 

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) dengan sukacitanya mempelawa mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod 210102, 210103, 210104 dan 210106 yang berminat untuk menawarkan Perkhidmatan Penyenggaraan Dan Khidmat Sokongan Sistem ePenyata Gaji Dan Laporan (eSPGL) Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Tarikh tawaran diiklan : 07/03/2015
Tarikh tawaran ditutup : 16/03/2015

Sila muat turun dokumen di sini.

Sekian, terima kasih.

Tarikh : 16 Mac 2016 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna JANM Aras 7, JANM Putrajaya

Klik di sini untuk memo Kursus Bulanan
Klik di sini untuk membuat pendaftaran secara atas talian

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pengarah Bahagian JANM/Pengarah Negeri/Pengarah Cawangan

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM TAIWAN INTERNATIONAL COOPERATION AND DEVELOPMENT FUND (ICDF) 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Program Taiwan International Cooperation And Development Fund (ICDF) 2016. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 9 Mac 2016 (Isnin). Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai berikut:- 

Puan Fauziah Binti Abdullah - 03 – 8882 1188

YM Puan Raja Nur Syahidatul Amirah Binti Raja Brahim - 03 – 8882 1030 

Untuk muat turun Surat Siaran, Sila Klik Disini

Sila Klik disini untuk ke laman JPA

Tawaran mengikuti kursus Carta Akaun Akruan (CAA)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Institut Perakaunan Negara (IPN) ingin melaksanakan Kursus Carta Akaun Akruan (CAA) di IPN-CPD, Cyberjaya pada tarikh 16-17 Februari 2016.

Sehubungan dengan itu kepada yang berminat dengan kursus berkenaan, bolehlah melayari laman rasmi IPN untuk membuat permohonan secara atas talian melalui alamat http://www.ipn.gov.my dengan memilih e-Kursus menggunakan Internet Explorer.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan Puan Zulah binti Mohamed Karim di talian 03-32172135.

Sekian. Terima kasih.

Tawaran Mengikuti Kursus Pelan Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2016 – Penolong Akauntan

 

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS PELAN LATIHAN (TRAINING ROADMAP) JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA TAHUN 2016 – PENOLONG AKAUNTAN

Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan telah mengatur kursus jangka pendek berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan bagi tahun 2016. Program ini bertujuan untuk mempertingkat profesionalisme dan kompetensi pegawai sebagai platform ke arah peningkatan kemajuan kerjaya seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Untuk maklumat lanjut, sila klik disini.

Tawaran mengikuti Kursus Perolehan Khidmat Perunding

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Institut Perakaunan Negara (IPN) ingin melaksanakan Kursus Perolehan Khidmat Perunding pada tarikh 29 hingga 31 Mac 2016. Sehubungan dengan itu kepada yang berminat dengan kursus berkenaan boleh melayari laman rasmi Institut Perakaunan Negara untuk membuat permohonan secara atas talian melalui alamat http://www.ipn.gov.my/ dengan memilih e-Kursus menggunakan Internet Explorer. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan urusetia iaitu Puan Roslina Binti Yusof / Puan Norasmarina Binti Sulaiman di talian 03-3217 2119 / 2144. Sekian, terima kasih.

Pelawaan Kemudahan Program Most Taiwan Scholarship Tahun 2016

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pengarah Bahagian JANM/Pengarah Negeri/Pengarah Cawangan

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM MOST TAIWAN SCHOLARSHIP TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Pelawaan Kemudahan Program Most Taiwan Scholarship Tahun 2016.  Sehubungan itu, YBhg. Dato’/  Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 25 Februari 2016 (Khamis). Maklumat lengkap berkaitan program, syarat-syarat permohonan dan lampiran kegiatan/aktiviti/sumbangan pegawai  adalah seperti lampiran yang disertakan.

 

Untuk muat turun Surat Siaran, Sila Klik Disini

Sila Klik disini untuk ke laman JPA

Sila Klik disini untuk ke laman eSILA JPA

Tawaran Mengikuti Kursus Pelan Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2016 – Pembantu Akauntan

 

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS PELAN LATIHAN (TRAINING ROADMAP) JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA TAHUN 2016 – PEMBANTU AKAUNTAN

Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan telah mengatur kursus jangka pendek berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan bagi tahun 2016. Program ini bertujuan untuk mempertingkat profesionalisme dan kompetensi pegawai sebagai platform ke arah peningkatan kemajuan kerjaya seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Untuk maklumat lanjut,  sila klik disini.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup