Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2016

Tender JANM Bil.1/2016
Perkhidmatan Penyewaan Komputer Peribadi Kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Tempoh iklan : 2 Jun 2016 hingga 23 Jun 2016

Iklan eP Tender JANM Bil. 1-2016


Tender JANM Bil. 3/2016


Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Perkakasan Dan Perisian Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) Di 24 Pejabat Perakaunan (PP) Dan Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD) Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Tempoh iklan : 2 Jun 2016 hingga 28 Jun 2016
Tarikh Sesi Taklimat : 7 Jun 2016


Iklan eP Tender JANM Bil. 3-2016


Maklumat Tender 2016 (Portal JANM)

Penangguhan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (Kpsl) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2016

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada surat siaran jabatan ini rujukan ANM(T)81/20/8/8/3 Jld.8 (15) yang bertarikh 8 April 2016 berhubung perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016: Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia yang dikeluarkan pada 7 April 2016, Peperiksaan KPSL anjuran JANM Tahun 2016 yang telah dijadualkan pada 17 dan 18 Ogos 2016 akan ditangguhkan bagi tahun 2016. Ia adalah bagi memberi laluan urusan rasionalisasi skim perkhidmatan Pembantu Akauntan, Pembantu Tadbir (Kewangan) dan Penolong Akauntan diselesaikan terlebih dahulu

3. Sehubungan dengan itu, semua permohonan menduduki Peperiksaan KPSL yang telah diterima sehingga 11 Mei 2016 dibatalkan. Kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah diharapkan agar dapat memaklumkan perkara ini kepada semua calon berdaftar bagi kementerian, jabatan atau agensi di bawah seliaan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik disini.

Tawaran mengikuti kursus "ePerolehan - Kontrak Kementerian"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Institut Perakaunan Negara (IPN) ingin melaksanakan kursus "ePerolehan - Kontrak Kementerian" bertarikh 5 hingga 7 April 2016.
Sehubungan dengan itu kepada yang berminat dengan kursus berkenaan boleh melayari laman rasmi Institut Perakaunan Negara untuk membuat permohonan secara atas talian melalui alamat  dengan memilih e-Kursus menggunakan Internet Explorer.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan urusetia iaitu Puan Haziatun Anis binti Mohamed / Puan Siti Khalijah binti Johar di talian 03-3217 2114 / 2107.

Sekian, terima kasih

Kursus Bulanan  5/2016 : Amalan Dan Kelebihan Bulan Ramadhan

Tarikh     :     01 Jun 2016 (Rabu)
Masa       :     8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat   :    Dewan Serbaguna JANM Aras 7, JANM Putrajaya

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Klik Disini.

 

Tawaran mengikuti Kursus "Carta Akaun Akruan (CAA)" di IPNCPD, Cyberjaya pada 20 hingga 21 Julai 2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Institut Perakaunan Negara (IPN) ingin melaksanakan Kursus "Carta Akaun Akruan (CAA)" bertarikh 20 hingga 21 Julai 2016 dan akan diadakan di IPNCPD, Cyberjaya.

Sehubungan dengan itu kepada yang berminat dengan kursus berkenaan boleh melayari laman rasmi Institut Perakaunan Negara untuk membuat permohonan secara atas talian melalui alamat http://www.ipn.gov.my/ dengan memilih e-Kursus menggunakan Internet Explorer.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan urusetia iaitu Puan Haziatun Anis binti Mohamed / Puan Siti Khalijah binti Johar di talian 03-3217 2114 / 2107.

Sekian, terima kasih.

Nota Persidangan Pengguna Saga Tahun 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YBhg. Dato'/Tuan/Puan boleh memuat turun Nota Persidangan Pengguna Saga Tahun 2016.

Sesi 1 - Sila klik disini untuk muat turun.
Sesi 2 - Sila klik disini untuk muat turun.
Sesi 3 - Sila klik disini untuk muat turun.
Sesi 4 - Sila klik disini untuk muat turun.
Sesi 6 - Sila klik disini untuk muat turun.

Sekian, Terima Kasih.

2. Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016: Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia telah dikeluarkan pada 07 April 2016, Peperiksaan BITK anjuran JANM Tahun 2016 yang telah dijadualkan pada 15 Jun 2016 akan ditunda pada 28 September 2016 (Rabu) dan semua permohonan untuk menduduki peperiksaan yang telah dibuka pada 22 Februari 2016 adalah terbatal.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah diharapkan agar dapat memaklumkan perkara ini kepada semua calon di agensi dan Badan Berkanun seliaan kementerian atau jabatan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan yang layak menduduki peperiksaan untuk membuat permohonan baharu secara dalam talian melalui portal rasmi JANM yang akan dibuka pada 11 Julai 2016 dan ditutup pada 22 Julai 2016.

Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

Membekal Dan Menghantar Backup Tape Bagi Keperluan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Tarikh tawaran diiklan : 12/05/2016
Tarikh tawaran ditutup :19/05/2016, 12:00PM

Sila muat turun di sini untuk maklumat lanjut.

Warga Skim Perkhidmatan Perakaunan/ Pegawai Lantikan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan,

PELAN LATIHAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA EDISI KE-2 TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Pelan Latihan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Edisi Ke-2 telah berjaya dikemaskini pada tahun 2016. Ia merupakan usaha penambahbaikan berterusan kepada Pelan Latihan JANM sedia ada berdasarkan Kajian Keperluan Latihan (Training Need Analysis), perubahan ke arah Perakaunan Akruan serta strategi dan dasar sector awam yang terkini. Pelan Latihan JANM Edisi Ke-2 boleh dirujuk dan dimuat turun di laman web JANM mulai 3 Mei 2016.

Sila klik disini untuk ke ruangan Pelan Latihan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan menganjurkan Kursus Bulanan Siri 4/2016 bertajuk " Pengurusan Stress dan Refleksologi Berkesan Di Pejabat".

 

Tarikh : 12 Mei 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna JANM Aras 7, JANM Putrajaya

Untuk maklumat lanjut, sila klik disini.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup