Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Perakaunan bertanggungjawab menyediakan Pelan Latihan Operasi bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi pegawai perakaunan. Ia adalah sebagai platform penting ke arah peningkatan kemajuan kerjaya warga perakaunan yang terdiri dari Akauntan, Penolong Akauntan, dan Pembantu Akauntan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

 

Sehubungan itu, bagi tahun 2018, JANM telah mengatur beberapa kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi skim perakaunan sebagaimana yang digariskan di dalam Pelan Latihan tersebut. Tajuk dan ketetapan kursus adalah seperti di surat siaran.

 

​Urusan pemilihan peserta kursus akan diselaraskan oleh Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), JANM. Semua pegawai yang dipilih mengikuti kursus diwajibkan hadir sepenuh masa. Kegagalan mengikuti kursus yang ditawarkan boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai kerana tidak memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan. Kerjasama  YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dalam memberi kebenaran pegawai di bawah seliaan menghadiri kursus amat dihargai.

 

Sila klik disini untuk surat siaran.

 

Sekian, Terima Kasih

 

Tempoh Pertandingan : 14 Mei 2018 hingga 13 Julai 2018

 

Sila muat turun di sini untuk Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Menulis Artikel Inovasi JANM 2018

 

Sila muat turun di sini untuk Borang Penyertaan Pertandingan Menulis Artikel Inovasi JANM 2018

Tarikh: 21.5.2018 hingga 25.5.2018

Muat Turun

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan mengadakan Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) pada 19-20 September 2018. Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah diharapkan agar dapat memaklumkan perkara ini secara menyuluruh kepada semua anggota di bawah seliaan tuan yang layak mendudukinya, termasuk anggota yang berkhidmat di agensi dan badan berkanun seliaan kementerian atau jabatan Y. Bhg Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan. Untuk maklumat lanjut:

Sila klik disini untuk surat siaran.
Sila klik disini untuk membuat permohonan.

Tempoh Kajian : 4 Mei 2018 hingga 8 Jun 2018

Klik Di sini

 

Tajuk Tender : ​Perkhidmatan Penyenggaraan Fasiliti Pusat Data Jabatan Akauntan Negara Malaysia Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun

 

Tempoh Iklan : 24 April 2018 hingga 18 Mei 2018

 

Kenyataan Tawaran

 

Dokumen Tender

Keputusan Peperiksaan Program Profesional Sesi Julai - Disember 2017 dan Sesi Januari - Jun 2018.

 

Untuk maklumat lanjut, sila Muat turun di sini

 

Terima kasih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

YBhg. Dato' / YBrs. Dr. / Tuan / Puan,

 

Dimaklumkan bahawa pegawai lantikan JANM di bawah seliaan YBhg. Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan seperti di Lampiran telah dicalon untuk menghadiri Kursus 1GFMAS : Carta Akaun Akruan (CAA) di JANM Sabah Caw. Kota Kinabalu pada 14 hingga 15 Mei 2018. Bersama-sama ini disertakan surat panggilan Kursus untuk perhatian dan tindakan YBhg. Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan.Pegawai yang tercalon perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 2 Mei 2018 melalui link yang diberi.

 

Sila klik link di bawah:

https://goo.gl/forms/lh0abLxTvouHOCoh2(sesuai dilayari menggunakan pelayar google chrome atau internet explorer)


Sila klik disini untuk maklumat lanjut


Sekian, terima kasih

Tarikh : 18 April 2018 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna JANM Aras 7, JANM Putrajaya

Klik di sini untuk memo Kursus Bulanan

Klik di sini untuk membuat pendaftaran secara atas talian

Y. Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas  adalah berkaitan.

 

2. Bersama ini disertakan makluman berkaitan JANM tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan masalah server 1GFMAS dan sebarang pengumuman berkaitan 1GFMAS hanya akan dibuat menerusi Portal Rasmi JANM. Sebagai makluman juga, pihak JANM akan sentiasa memastikan sistem 1GFMAS sentiasa berada dalam tahap optimum untuk beroperasi.

 

3. Sehubungan itu, Y. Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan dimohon untuk tidak berkongsi atau menyebarkan apa-apa berita atau maklumat yang tidak sahih di Group Whatsapp mahupun di media sosial bagi mengelakkan sebarang kejadian panik berlaku.

"Tak Pasti, Jangan Kongsi"

 

penafian kenyataan

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup