Pelawaan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Tahun 2022 Bagi Mengikuti Pengajian Secara Sepenuh Masa.
YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) adalah merupakan program penajaan pengajian bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama, Diploma, Diploma Kemahiran Malaysia atau Sijil Kemahiran Malaysia secara SEPENUH MASA.
Warga JANM lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kemudahan ini. Semua pegawai lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan.
Semua permohonan yang lengkap hendaklah disediakan dalam 3 SET DOKUMEN dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM selewat-lewatnya 40 HARI SEBELUM tarikh memulakan pengajian.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Ain Nadhirah binti Jamal Afandi - Tel: 03-8882 1030 / Emel:
Sila layari laman web JPA https://esilav2.jpa.gov.my bagi pendaftaran online, muat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.
Sekian, terima kasih.