Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Pegawai Perakaunan telah mengatur kursus jangka pendek ke arah pemantapan kemajuan kerjaya serta meningkatkan kompetensi pegawai seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
2. Berikutan dengan penularan wabak Covid-19, Jabatan ini telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kursus POL ini secara maya yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Institut Perakaunan Negara (IPN). Maklumat kursus adalah seperti yang berikut:
Tajuk Kursus : Prinsip dan Dasar Perakaunan
Senarai Peserta : Seperti di Surat Siaran
Jadual : Seperti di Surat Siaran
Tarikh : 28-30 Jun 2022 (Selasa-Khamis)
Tempat : Dihadapan peranti masing-masing (Online)
3. Semua pegawai yang tercalon wajib untuk memohon kursus di atas melalui Sistem Pengurusan Latihan (SPL) IPN sebelum 9 Jun 2022 (Khamis) melalui link berikut:
4. Permohonan di Sistem SPL IPN (link di atas) yang telah berjaya akan ditambah ke dalam Group WhatsApp/Telegram melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Link kursus akan dihantar melalui group aplikasi tersebut.
5. Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran dan perjalanan kursus boleh berhubung dengan pegawai berikut:
i. Puan Norjasila binti Jamil (IPN)
Emel :
No. tel: 03-3217 2114
ii. Puan Norliana binti Abdullah (IPN)
Emel :
No. tel: 03-3217 2110
6. Pegawai yang tidak dapat mengikuti kursus perlu mengemukakan surat tunjuk sebab yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing serta dimajukan ke emel
Sekian.