Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 

Program Pensijilan Acca Certificate In International Public Sector Accounting Standards (CERT IPSAS) Tahun 2025/2026 

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perakaunan Negara kini membuka permohonan kepada Penolong Akauntan bagi menyertai Program Pensijilan ACCA Certificate In International Public Sector Accounting Standards (Cert IPSAS) Tahun 2025/2026. Seramai 25 peserta akan dipilih menyertai program pensijilan ini.

Para peserta yang terpilih adalah dikehendaki untuk membuat pembelajaran kendiri di portal ACCA dalam tempoh 12 minggu dan seterusnya menjalani ujian penilaian secara online (1 jam) pada akhir pembelajaran. Peserta yang berjaya menjawab sekurang-kurangnya 13 daripada 25 soalan Multiple Choice Questions (MCQ) dengan betul akan lulus pensijilan ini. Bilangan percubaan yang dibenarkan bagi ujian ini adalah 3 kali percubaan sahaja.

Program pembelajaran online kendiri memerlukan peserta yang mempunyai disiplin dan komitmen untuk meluangkan masa untuk mempelajari modul-modul online agar bersedia untuk menduduki ujian pada penghujung program.

Untuk permohonan menyertai program pensijilan ini, sila layari pautan berikut dan isi borang permohonan yang akan dipaparkan;

https://forms.gle/cSf11VhKuprNpqiW7

Untuk maklumat lanjut berkaitan program ini, sila hubungi urus setia seperti di bawah:

Bil

Nama

No Telefon

E-mel

1

Nur Razana binti Abdul Manan

03-8324 4405

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2

Yong Kok Sia

03-8324 4413

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh akhir permohonan penyertaan adalah pada 8 September 2025 (Isnin).