Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 

Tuan/Puan, 

Untuk makluman Tuan/Puan, Pengurusan JANM telah memutuskan supaya satu kajian dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepuasan pelanggan JANM. Sehubungan itu, sukacita sekiranya  Tuan/Puan dapat memberi kerjasama dengan mengisi dan menjawab soal selidik ini mulai 28 Januari 2026 hingga 28 Februari 2026 seperti pautan di bawah:

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) 2025

Pandangan dan cadangan tambahan tuan/puan juga amat dialu-alukan, sekiranya ada. Penemuan kajian ini amat berguna dalam membantu pihak pengurusan merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian di masa hadapan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan JANM. 

Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan hanya angka-angka umum sahaja akan dianalisa dan digunakan bagi tujuan penyediaan laporan. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pegawai berikut:

i) Puan Nor Azlina binti Junid
    03-88821038
     norazlina[at]anm[dot]gov[dot]my

ii) Puan Nor Azeema binti Omar
    03-88821090
    azeema.omar[at]anm[dot]gov[dot]my

iii) Puan  Nur Afifah binti Ahmad Lutfi
      03-88821695
      afifah[at]anm[dot]gov[dot]my 

Sekian, terima kasih.
Urus Setia Kajian Kepuasan Pelanggan JANM
Seksyen Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan Strategik,
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusa
n