Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Foto Tahun 2013 Perarakan dan Ceramah Maulidur Rasul 2013

D270-Ceramah Maulidur Rasul

  • Tujuan

    Garis panduan ini bertujuan memberi penjelasan mengenai proses kawalan peruntukan dan pembayaran oleh Kementerian/Jabatan bagi projek di bawah pembiayaan Private Finance Initiative (PFI).

  • Kawalan Peruntukan

    Surat Kuasa Berbelanja/ Waran Peruntukan Kecil

    2.1 Kementerian Kewangan(Bahagian Pengurusan Belanjawan) akan mengeluarkan Surat Kuasa Berbelanja yang memperincikan siling serta butiran projek PFI dan kod SETIA kepada Pegawai Pengawal.

    2.2 Berdasarkan Surat Kuasa Berbelanja tersebut Pegawai Pengawal perlu mengeluarkan waran peruntukan kecil kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau agensi pelaksana yang dipertanggungjawabkan untuk melaksana dan membayar projek tersebut.

    2.3 Maklumat dan butiran yang perlu diisikan dalam waran adalah seperti mana bagi projek pembangunan biasa kecuali bagi item (a) dan (e):

    • Maksud (mesti digunakan huruf S menggantikan huruf P);
    • Jabatan;
    • PTJ/PK;
    • Projek/SETIA;
    • Objek dan
    • Amaun

    2.4 Kerjasama dipohon untuk memastikan butiran projek (5 aksara), SETIA (3 aksara) dan CP (S) mesti diisikan dengan betul dan lengkap.

  • Pembayaran

    3.1 Di peringkat penyediaan baucar bayaran, PTJ akan memasukkan butiran seperti yang telah disediakan dalam waran peruntukan kecil seperti berikut:

    Vot Jab PTJ/PK Prog/Akt Amanah Projek Setia CP Objek Amaun
    SXX XXX XXXXXX - - XXXXX XXX S XXXXX X,XXX.xx

    amount

    Contoh pengisian Baucar Bayaran bagi projek Perumahan APD Pekan, pahang di bawah Vot Jabatan Perdana Menteri.

    Vot Jab PTJ/PK Prog/Akt Amanah Projek Setia CP Objek Amaun
    S06 111 010101 - - 08500 015 S 33101 X,XXX.xx

    3.2 Bayaran boleh dibuat secara manual dan juga e SPKB dan sekiranya Peruntukan untuk Projek masih berbaki pada akhir tahun, baki akan dibawa ke tahun hadapan secara automatic dan perbelanjaan boleh terus dicajkan ke tahun semasa.

    3.3 Bayaran dalam tempoh AKB:

    1. Mengikut amalan sekarang Bayaran AKB akaun amanah diambilkira oleh Pejabat Perakaunan dalam tahun sebelum dan Buku Akaun Amanah mengambil kira dalam tahun semasa.
    2. Bayaran AKB untuk akaun amanah adalah dalam kajian sama ada terpakai bagi akaun amanah atau tidak.
    • Sekiranya bayaran AKB tidak terpakai untuk akaun amanah, maka bayaran dalam tempoh AKB dicajkan pada tahun semasa dan dilapor dalam tahun semasa.
    • Sekiranya bayaran AKB terpakai untuk akaun amanah, bayaran dalam tempoh AKB boleh dicajkan kepada tahun sebelumnya dan dilapor dalam tahun sebelumnya.
  • Pelaporan

    4.1 Pejabat Perakaunan akan keluarkan laporan C233S dan laporan C350 iaitu Laporan Terperinci Perbelanjaan Vot PFI kepada Pusat Tanggungjawab setiap bulan. Laporan C233S menunjukkan butiran terperinci peruntukan dan perbelanjaan yang telah dilakukan di bawah Vot S mengikut projek bagi setiap PTJ kementerian/jabatan manakala laporan C350 menyenaraikan perbelanjaan mengikut akaun amanah kod 885508 bagi PTJ kementerian/jabatan.

    4.2 Bagi Pegawai Pengawal, Laporan A499S, A421S dan A441 akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara setiap bulan. Laporan A499S dan A421S akan menyenaraikan perbelanjaan projek PFI bagi setiap kementerian/jabatan mengikut projek manakala laporan A441 menyenaraikan jumlah perbelanjaan PFI kementerian/jabatan mengikut akaun amanah kod 885508. 

    (Laporan A499S dan A421S masih dalam pembinaan)

  • Penyesuaian Akaun Perbelanjaan

    5.1 Bagi memastikan bahawa semua perbelanjaan telah diambil kira oleh Pejabat Pembayar, semua PTJ hendaklah menyediakan penyesuaian bulanan antara perbelanjaan seperti di Laporan C233S dengan perbelanjaan seperti tercatat di Buku kementerian/jabatan dan kemukakan kepada Pejabat Perakaunan dan Pegawai Pengawal/Kementerian.

    5.2 Pihak kementerian hendaklah menyediakan penyesuaian peringkat kementerian berasaskan penyesuaian daripada PTJ-PTJ di bawah kawalannya dengan Laporan A441 atau A499S dan kemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi(BPOPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

  • Penutup

    Semua kementerian/jabatan hendaklah mematuhi peraturan seperti di perenggan 2 hingga 5 bagi memastikan perbelanjaan projek PFI diperakaunkan dengan tepat dan sempurna.

    Tel: 03-88821542/1543/1544 

    Kemaskini : 23.02.2009

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup