Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Perakaunan
  • Sistem Perakaunan Luar Negeri Akruan (iSPLN) adalah sistem pengurusan kewangan dan perakaunan berkomputer berasaskan Akruan bagi agensi Kerajaan di luar negara. Pelaksanaan iSPLN bermula pada 4 Januari 2016 menggantikan (Sistem Perakaunan Luar Negeri) SPLN dan telah digunapakai oleh 156 Pusat Tanggungjawab (PTJ) luar negara di bawah 9 buah Kementerian/Jabatan.

    Objektif:

    1. Memproses dan mengakaunkan transaksi iSPLN secara harian dan dalam talian ke iGFMAS menerusi Jurnal Ringkasan;
    2. Meminimakan dana kerajaan di luar negara yang mana sebanyak 45% nilai apungan Panjar Luar Negara telah berjaya dikurangkan semenjak sistem ini dilaksanakan.
  • carta ispln bm

    chart2 ispln bm

    1. Mempunyai Kawalan Keselamatan (https/VPN/ID)
    2. Mempunyai Elemen Akruan Receivable & Payable
    3. Kod Akaun berdasarkan Carta Akaun Akruan iGFMAS
    4. Medium sistem dalam Bahasa Inggeris
    5. Paparan sistem Dropdown Menu
    6. Mempunyai Fasiliti Hebahan/Buletin
    7. Pelbagai Jenis Pembayaran (TT/EFT/Panjar)
    8. Transaksi adalah Single-point data entry
    9. Urusniaga melibatkan pelbagai matawang
    10. Pengiraan Untung/Rugi secara Auto
TujuanSkop

Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK) adalah bertujuan untuk menetapkan dasar dan piawaian perakaunan serta asas persembahan penyata kewangan tahunan yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Tatacara Kewangan 1957
[Akta 61].

Pernyataan ini hendaklah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang menguruskan akaun-akaun Kumpulan Wang Disatukan. Akaun-akaun ini perlu diaudit terlebih dahulu oleh Ketua Audit Negara sebelum dibentangkan di Parlimen bagi Kerajaan Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Kerajaan Negeri.

Tarikh Kuatkuasa
Sehingga kini, sepuluh (10) PPK telah dikeluarkan dan tarikh ianya kuatkuasa adalah seperti berikut:

PPK Perihal Diterbitkan Pada Berkuatkuasa Mulai Tahun Kewangan
1 Dasar Perakaunan Kerajaan Mac 2003 2012
2 Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Mac 2003 2012
3 Akaun Hasil Disatukan Disember 2021 2021
4 Akaun Amanah Disatukan Mac 2003 2012
5 Akaun Pinjaman Disatukan Mac 2003 2012
6 Pelaburan Mac 2003 2012
7 Wang Tunai Mac 2003 2012
8 Penyata Akaun Memorandum Mac 2003 2012
9 Pertukaran Mata Wang Asing Mac 2003 2012
10 Pemberian Kerajaan Mac 2003 2012

*Sila klik tajuk untuk muat turun isi kandungan PPK.

Pencapaian
Kerajaan Malaysia merupakan negara pertama yang telah mengamalkan Piawaian Perakaunan Sektor Awam.

“Malaysia wins the prize for being the first country to apply Cash Basis IPSAS. The Malaysian Government first did this for the financial statements for the year ending 31 December 2004. It gained a clear audit report for these accounts.”
Dipetik dari ACCA International Public Sector Bulletin, Issue No. 8, Januari 2007

Asas perakaunan yang digunakan bagi memperakaunkan akaun Kerajaan Persekutuan ialah perakaunan berasaskan tunai atau tunai ubahsuai.

HUBUNGAN ANTARA AKAUN KUMPULAN WANG DISATUKAN

acc chart

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup