Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2013

IPN dengan kerjasama CIMA akan menganjurkan program Executive Talk bertajuk Best Practices in Outcome Based Budgeting bertempat di JANM Putrajaya pada 6 Mac 2013. Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke program yang akan disampaikan oleh Dr. Noel Tagoe, Pengarah Eksekutif Pendidikan dari Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) UK.

Untuk maklumat lanjut, muat turun surat jemputan dan borang pengesahan kehadiran disini.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan Gred W27.

Maklumat Kursus Siri 1 dan 2 bagi Penolong Akauntan Gred W27 pada tahun ini adalah seperti berikut:

Siri 1
Kursus : Perakaunan Akruan (Peringkat Asas)
Tarikh : 2 – 4 April 2013
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Kuota : 20 orang
Tarikh tutup permohonan: 11 Mac 2013

Siri 2
Kursus : Penyesuaian Bank
Tarikh : 21 – 22 Mei 2013
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Kuota : 20 orang
Tarikh tutup permohonan: 21 Mac 2013

Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Penolong Akauntan Gred W27 yang berminat untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (Unit Kerjaya), BPPP melalui faks 03-88821055 atau emel nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my / siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi:

1) Cik Nurul Hafizah binti Sulong 03-88821188
2) Cik Siti Hajar binti Paiman 03-88821054

Sila klik di sini untuk muat turun borang permohonan:

i) Perakaunan Akruan (Peringkat Asas) - kuota telah penuh
ii) Penyesuaian Bank

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan Gred W17.

Maklumat Kursus Siri 3 bagi Pembantu Akauntan Gred W17 pada tahun ini adalah seperti berikut:

Kursus : eSPKB
Tarikh : 21 – 23 Mei 2013
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Kuota : 15 orang
Tarikh tutup permohonan: 21 Mac 2013

Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Pembantu Akauntan Gred W17 yang berminat untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (Unit Kerjaya), BPPP melalui faks 03-88821055 atau emel nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my / siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi:

1) Cik Nurul Hafizah binti Sulong 03-88821188
2) Cik Siti Hajar binti Paiman 03-88821054

Sila klik di sini untuk muat turun borang permohonan.

Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan Gred W17.

Kursus ePerolehan – Sebutharga/Tender/eBidding bagi Pembantu Akauntan Gred W17 di bawah Pelan Latihan (Training Roadmap) JANM akan diadakan pada 5 – 7 Mac 2013 bertempat di IPN, Sabak Bernam.

Sila klik di sini untuk muat turun surat tawaran dan senarai penuh peserta terpilih.

Adalah dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan daripada pegawai Gred 48 - 54 untuk mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2013. Program ini akan berlangsung selama 14 hari bermula dari 27 Oktober 2013 sehingga 9 November 2013. Pegawai-pegawai yang berminat untuk mengikuti program ini hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA (http://esilav2.jpa.gov.my) mulai 18 Februari 2013 sehingga 8 Mac 2013. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak serta dikemukakan bersama-sama dengan dokumen sokongan lain kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP sebelum atau pada 11 Mac 2013. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai berikut:

1. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Cik Siti Hajar binti Paiman Tel : 03 - 8882 1054 / Emel : siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my

 

Klik di sini untuk:

i) Muat turun surat edaran
ii) Permohonan atas talian di laman web JPA

Berikut adalah notis tawaran tender bagi Perkhidmatan Penyenggaraan Landskap Dan Pembersihan Kawasan di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Untuk maklumat lanjut, sila klik keratan kenyataan akhbar di sini.

Di maklumkan bahawa pendaftaran Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) 2013 telah boleh dimohon secara online.

Klik sini untuk surat edaran.
Klik sini untuk membuat permohonan.

Sukacita dimaklumkan senarai pengesahan kehadiran peserta ke Program IPN-CIMA Executive Talk : Best Practices In Outcome Based Budgeting(OBB) telah boleh disemak. Sila klik di sini untuk melihat senarai kehadiran.

saga

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEMATUHAN SAGA – Y.BHG DATUK ANM BERSAMA-SAMA DENGAN AGENSI PENERIMA SIJIL PEMATUHAN SAGA

Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan SAGA telah diadakan pada 27 Disember hingga 29 Disember 2012 di Johor Bahru, Johor.

Unit SAGA, Seksyen khidmat Perunding (SKP) dengan kerjasama JANM Negeri Johor telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan SAGA pada 27 Disember 2012 di The Puteri Pan Pacific Johor Bahru, Johor.

Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada agensi yang telah mendapat sijil pematuhan SAGA selaras dengan pemakaian Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 tahun 2011. Sijil Pematuhan SAGA bagi tahun 2012 telah diberikan kepada empat (4) buah agensi iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) dan Lembaga Promosi Kesihatan (LPKM).

Seramai 60 orang tetamu terdiri daripada agensi-agensi penerima anugerah, wakil ahli JKP,wakil ahli Jawatankuasa SAGA Compliance, wakil Kerajaan Negeri, wakil Pejabat Bendahari Negeri, wakil vendor, wakil pegawai dan kakitangan JANM Negeri Johor telah menghadiri majlis tersebut.

Majlis telah dirasmikan oleh Akauntan Negara Malaysia (ANM) Y.Bhg Datuk Wan Selamah bt Wan Sulaiman . Y.Bhg Datuk ANM diiringi oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP) Puan Nik Hapsah bt Nik Hassan. Majlis turut diserikan dengan muzik dan nyanyian ghazal dari kumpulan Rangkaian Ghazal Selatan Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada kesemua agensi yang terlibat.

Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Akauntan Gred W41 – W44.

Kursus Financial Analysis bagi Akauntan Gred W41 – W44 di bawah Pelan Latihan (Training Roadmap) JANM akan diadakan pada 19 – 20 Mac 2013 bertempat di IPN, Sabak Bernam.

Sila klik di sini untuk muat turun:

i) Surat tawaran dan senarai peserta terpilih
ii) Brosur kursus

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup