Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia ingin menjemput mana-mana individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) bagi jawatan PENOLONG EKSEKUTIF PERKHIDMATAN (SYSTEM DEVELOPEMENT). Syarat/Kelayakan dan tawaran adalah seperti berikut:
- Syarat/Kelayakan :
- Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Memiliki Diploma Sains Komputer/Sistem Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan yang setaraf dengannya;
- Berpengalaman atau mempunyai kemahiran dalam pembangunan sistem bagi membantu menganalisa keperluan program, mereka bentuk, mengaturcara (Coding) dan menyelenggara sistem serta berkeupayaan menyelesaikan masalah (Troubleshooting dan problem solving) yang berkaitan dengan program dan aplikasi system;
- Berkemahiran menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP Hypertext PreProcessor (PHP), database MySQL dan kemahiran bahasa pengaturcaraan lain seperti Java, JavaScript, CSS adalah dialu-alukan
- Mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas dalam penggunaan MS Office dan aspek teknikal seperti pengendalian server, rangkaian dan keselamatan ICT;
- Bersedia memberikan khidmat sokongan ICT seperti latihan kepenggunaan, dokumentasi dan meja bantuan bagi memastikan kelancaran sistem; dan
- Boleh bekerja di bawah penyeliaan yang minimum dan menguruskan tugasan mengikut keutamaan.
- Tawaran :
- Jumlah kekosongan : 2 kekosongan jawatan;
- Gaji ditawarkan sebanyak RM1800.00;
- Status lantikan adalah kontrak;
- Tempoh lantikan dari 1 April 2022 hingga 31 Disember 2022.
- Kemudahan Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO;
- Tempat bertugas di Unit Perolehan, Seksyen Pengurusan Kewangan dan Perolehan, BPPP, JANM W.P. Putrajaya.
Sehubungan dengan itu, individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui e-mel kepada
Terima kasih.