Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  tiktok icon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan aduan-integriti peta-laman
 

TAWARAN MENYERTAI PROGRAM SIJIL PENTAULIAHAN PIAWAIAN PERAKAUNAN SEKTOR AWAM MALAYSIA (MPSAS), JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) BAGI TAHUN 2025 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa JANM telah memperkenalkan Program Sijil Pentauliahan MPSAS sejak Tahun 2022 bagi mengiktiraf tahap kompetensi pegawai dalam mengaplikasi pengetahuan perakaunan dan kepakaran berkaitan proses kerja, peraturan dan sumber, keupayaan membuat keputusan dan pengurusan masa. Pegawai-pegawai yang lulus dalam program ini akan mendapat sijil pentauliahan ini dan mendapat pengiktirafan gelaran ‘Certified MPSAS Practitioner’ atau CMP(JANM) daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Oleh yang demikian, JANM akan menganjurkan Program Sijil Pentauliahan MPSAS sekali lagi pada tahun ini seperti ketetapan yang berikut:

Bil.

Nama Program

Tarikh Program

Tarikh Tutup Permohonan

1

Program Sijil Pentauliahan MPSAS

8 hingga 12 September 2025

25 Ogos 2025

3.         Untuk makluman tuan/puan, tawaran ini dibuka khas kepada pegawai perakaunan daripada Bahagian Akaun (BA) Kementerian dan Pejabat Perakaunan (AO) Negeri selaras dengan makluman Akauntan Negara Malaysia dalam mesyuarat  PPSM Bil. 3/2024 iaitu sekurang-kurangnya setiap BA dan AO mempunyai dua (2) orang pegawai yang lulus dalam program untuk membantu PTJ-PTJ di bawah seliaan masing-masing.

4.         Pegawai-pegawai dijemput untuk menyertai program pensijilan ini bagi sesi tahun 2025. Borang permohonan seperti di Lampiran B yang lengkap perlu dikemukakan ke e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. 

5.         Untuk maklumat lanjut tuan/puan boleh merujuk kepada Lampiran A atau layari portal www.anm.gov.my atau www.ipn.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi pegawai kami seperti berikut:

Bil. Nama Pegawai Telefon E-mel
i Nor Zahirine binti Abd Rahman 03-32172015 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ii Ahmad Nur Fairuz bin Mashod 03-32172105 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
iii Nandakumar a/l Sandra Mohan 03-32172117 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

6.         Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.