Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2012

Kursus di bawah Pelan Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk Akauntan Gred W41 akan diadakan seperti berikut:

Tajuk : GFMAS (GL)
Tarikh : 24 - 26 April 2012
Tempat : Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam

Seramai 25 orang Akauntan Gred W41 telah dipilih bagi menyertai kursus ini. Pengesahan kehadiran perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 12 April 2012 (Rabu).

Sila klik di sini untuk muat turun surat edaran.

Surat Jemputan Ke Program IPN-CIMA Executive Talk: Public Sector Performance - A Global Perspective dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Institut Perakaunan Negara dengan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

Sila klik di sini untuk muat turun surat jemputan

Surat Pengambilan Pelajar Bagi Mengikuti Program Profesional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) Bagi Sesi Jun/Julai 2012.

Sila klik untuk muat turun surat pengambilan pelajar

Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41-44 untuk mengikuti Kursus EPP - The Management Training Program for Junior Officer in the Field of Human Resource. Program ini akan berlangsung selama 27 hari bermula dari 4 Jun 2012 hingga 30 Jun 2012 di Jepun. Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 18 April 2012 (Rabu). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

1. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Encik Muhd Faidzol bin Ariffin Tel : 03 - 8882 1030 / Emel : faidzol.ariffin[@]anm[dot]gov[dot]my

Klik di sini untuk melayari laman web JPA bagi memuat turun surat edaran dan borang permohonan.

Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2013 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D).

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal JPA mulai 9 April 2012 hingga 30 April 2012. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 3 Mei 2012 (Khamis). Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

1. Puan Zaida Azian binti Shafiei Tel : 03 - 8882 1035
    Emel : zaidas[@]anm[dot]gov[dot]my 2. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03-88821188
    Emel : nfizahs[@]anm[dot]gov[dot]my 3. Encik Muhd Faidzol bin Ariffin Tel : 03-88821030
    Emel : faidzol.ariffins[@]anm[dot]gov[dot]my

 

Sila klik di sini untuk muat turun surat edaran dari JPA
Sila klik di sini untuk muat turun tatacara permohonan
Sila klik di sini untuk permohonan secara online

Jabatan ini akan menganjurkan Kursus Bulanan Siri 3/2012 bertajuk "Kemahiran Dalam Perundingan Berkesan" yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 19 April 2012 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Aras 7, JANM
Penceramah : Encik Edgar G Segaran dari Effective Learning Management

Kursus ini terbuka kepada pegawai Gred 41 dan ke atas sahaja di JANM. Pendaftaran adalah terhad kepada 50 penyertaan terawal sahaja. Walau bagaimanapun, seramai 24 orang pegawai telah mendaftar bagi mengikuti kursus ini yang dijadualkan diadakan pada 29 Mac 2012 yang lalu. Senarai nama 24 orang pegawai tersebut akan didaftarkan sebagai peserta kursus pada kali ini. Pegawai yang telah mendaftarkan nama adalah diwajibkan menghadiri kursus dan perlu mendapatkan pengganti sekiranya tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab yang munasabah. Pegawai yang ingin mendaftar bagi menyertai kursus ini boleh membuat pendaftaran secara dalam talian mulai 16 April 2012.

Klik di sini untuk muat turun surat edaran.
Klik di sini untuk semak senarai 24 orang pegawai yang telah didaftarkan.
Klik di sini untuk pendaftaran secara dalam talian.

Persidangan Penolong Akauntan Sektor Awam ke-10 (PERPENA) yang telah dijadulkan pada 28 hingga 30 Mei 2012 akan dipinda pada 10 hingga 12 Jun 2012. Tiada perubahan pada tempat dan aturcara persidangan.

Sila klik di sini untuk surat edaran

Dukacita dengan ini dimaklumkan bahawa Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) 2012 yang dijadualkan pada 4 & 5 Julai 2012 akan ditunda pada 7 & 8 November 2012 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebarang kesulitan atas perubahan ini amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.

Dimaklumkan bahawa pegawai dari kementerian/ jabatan Ybhg Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan telah terpilih untuk menyertai Persidangan Penolong Akauntan Sektor Awam Ke-10 pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 11 Jun hingga 13 Jun 2012 (Isnin hingga Rabu)
Tempat : Thistle Hotel johor Bahru, Jalan Sg. Chat, 80720 Johor Bahru, Johor.

Sila klik di sini untuk surat edaran.

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh dan tempat Persidangan Penolong Akauntan Sektor Awam Ke-10 telah dipinda seperti berikut:

Tarikh : 11 Jun hingga 13 Jun 2012 (Isnin hingga Rabu)
Tempat : Thistle Hotel johor Bahru, Jalan Sg. Chat, 80720 Johor Bahru, Johor.


Sila klik di sini untuk surat edaran.

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close