Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Bulanan Siri 2/2012 bertajuk Solat Nabi: Bersama Menuju Kejayaan anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 27 Februari 2012 telah memenuhi kuota permohonan.

Maklumat lanjut sila hubungi Pn. Fadzilah binti Jaafar Sidek di talian 03-88821056.

Sekian, terima kasih.

Adalah dimaklumkan, JANM akan menawarkan peruntukan penyelidikan kepada para akademik dan penyelidik di institusi pengajian awam Malaysia yang berminat menjalankan penyelidikan dalam bidang perakaunan sektor awam.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan mengadakan Peperiksan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2012 pada 06 Jun 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada : 28 Mac 2012.

Klik di sini untuk muat turun surat siaran
Klik di sini untuk membuat permohonan

Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 48-54 untuk mengikuti kursus-kursus pendek di luar negara bagi tahun 2012. Program ini melibatkan kursus jangka pendek yang mengambil tempoh di antara lima (5) hari hingga 20 hari serta mengandungi modul - modul yang antara lain berkaitan dengan kepimpinan, komunikasi, pengurusan (strategik, organisasi, rundingan, krisis, perubahan, perancangan) dan pembangunan / pengurusan sumber manusia. Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK) BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 8 Mac 2012 (Khamis). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

1. Puan Zaida Azian binti Shafiei Tel : 03 - 8882 1035/ Emel : zaida[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my
3. Encik Muhd Faidzol bin Ariffin Tel : 03 - 8882 1030 / Emel : faidzol.ariffin[@]anm[dot]gov[dot]my

 

Klik di sini untuk muat turun surat edaran dan borang permohonan
Klik di sini untuk melayari laman web JPA

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan Gred W2-1 (W27). Maklumat Kursus Siri 1 bagi Penolong Akauntan Gred W2-1 (W27) pada tahun ini adalah seperti berikut:

Kursus : GFMAS (GL)
Tarikh : 27 Mac 2012 hingga 29 Mac 2012
Tempat : IPN, Sabak Bernam


Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Penolong Akauntan Gred W2-1 (W27) lantikan tahun 2009 hingga 2011 yang berminat untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP melalui faks 03-88821055 atau emel nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my / siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 Mac 2012. Tempat adalah terhad kepada 24 orang peserta sahaja. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi:

1. Cik Nurul Hafizah binti Sulong 03-88821188
2. Cik Siti Hajar binti Paiman 03-88821054

 

Sila klik di sini untuk muat turun borang permohonan

Dukacita dimaklumkan bahawa Kursus Induksi Umum & Khusus dan Kursus Pra-Penempatan yang dijadualkan bermula pada 26 Mac 2012 hingga 27 April 2012 bagi Pembantu Akauntan terpaksa dibatalkan dan ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Segala kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali. Walaubagaimanapun, Kursus Induksi Umum & Khusus dan Kursus Pra-Penempatan bagi Akauntan dan Penolong Akauntan akan berjalan seperti yang dijadualkan iaitu pada 26 Mac 2012 hingga 27 April 2012. Klik di sini untuk muat turun surat pembatalan kursus

Y.Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Penolong Akauntan Gred W32 ke Gred W36. Sila klik di sini untuk merujuk kepada surat siaran yang berkaitan.
Sila klik di sini untuk muat turun borang pemangkuan.

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Bulanan Siri 3/2012 anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia bertajuk Kemahiran Dalam Perundingan Berkesan yang dijadual akan diadakan pada 29 Mac 2012 (Khamis) terpaksa ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Segala kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.

Adalah dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Sokongan Gred 27-40 untuk mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2012. Program ini akan berlangsung selama 14 hari bermula dari 9 hingga 22 September 2012.

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal JPA mulai 28 Mac 2012 sehingga 20 April 2012. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya sebelum atau pada 23 April 2012 (Isnin). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

1. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Encik Muhd Faidzol bin Ariffin Tel : 03 - 8882 1030 / Emel : faidzol.ariffin[@]anm[dot]gov[dot]my

Klik di sini untuk memuat turun surat edaran.
Klik di sini untuk permohonan secara dalam talian.

Sesi taklimat mengenai Wang Tak Dituntut kepada Entiti bagi bulan April 2012 akan berlangsung pada 10 April 2012 (Selasa) dan 12 April 2012 (Khamis).

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close