Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2012

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Pembantu Akauntan Gred W22 ke Gred W26. Pegawai-pegawai yang layak memohon mestilah yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pembantu Akauntan Gred W22 sebelum atau atau 31 Disember 2007. Bagi permohonan yang telah lengkap, ia perlu dikemukakan ke Jabatan ini sebelum atau pada 27 JULAI 2012.


Sila klik di sini untuk surat siaran.
Sila klik di sini untuk borang permohonan.

Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 41 dan ke atas untuk mengikuti Program Belia Muda di Negara Jepun dalam bidang pengurusan pentadbiran. Program ini akan berlangsung selama 17 hari bermula dari 5 hingga 21 September 2012. Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 4 JULAI 2012 (Rabu). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

1. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Encik Muhd Faidzol bin Ariffin Tel : 03 - 8882 1030 / Emel : faidzol.ariffin[@]anm[dot]gov[dot]my

 
Klik di sini untuk melayari laman web JPA bagi memuat turun surat edaran dan borang permohonan

Dimaklumkan bahawa pengemaskinian maklumat peribadi dan perkhidmatan bagi SEMUA Pegawai Perkhidmatan Perakaunan di bawah Ketua Perkhidmatan Akauntan Negara Malaysia melalui aplikasi AGHR di alamat url http://aghr.anm.gov.my dilanjutkan sehingga 6 JULAI 2012 (JUMAAT). Sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh diajukan melalui email aghr[@]anm[dot]gov[dot]my atau talian 03-8882 1178/1308.

Dimaklumkan bahawa, Pasukan Projek Perakaunan Akruan (PPPA) telah menyediakan deraf Pekeliling Perbendaharaan yang menerangkan tentang pelaksanaan perakaunan akruan di Kerajaan Persekutuan dan seterusnya menjelaskan peranan serta tanggungjawab Ketua Setiausaha Kementerian dalam melaksanakannya kelak. ( Sila klik di sini).

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan untuk mengemukakan sebarang maklum balas atau cadangan penambahbaikan yang konstruktif terhadap deraf Pekeliling Perbendaharaan tersebut kepada urusetia di alamat emel monaliza[@]anm[dot]gov[dot]my, aslina.abubakar[@]anm[dot]gov[dot]my, nurhayati[@]anm[dot]gov[dot]my selewat-lewatnya pada 16 Julai 2012 (Isnin).

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Akauntan Malaysia (MIA) akan menganjurkan Persidangan MIA 2012 dengan tema "Innovative Society: Sustaining Business Success" pada 27 hingga 28 November 2012 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sehubungan itu, MIA telah berbesar hati menawarkan kadar yuran sebanyak RM1,200.00 bagi semua Akauntan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Kadar tersebut sah sehingga tarikh persidangan.

i. Sila klik di sini untuk muat turun surat edaran kepada Kementerian / Jabatan.
ii. Sila klik di sini untuk muat turun surat edaran kepada Bahagian di JANM.
iii. Sila klik di sini untuk muat turun surat edaran daripada MIA.
iv. Sila klik di sini untuk muat turun brosur Persidangan MIA.

Atas kejayaan Portal JANM Cawangan Miri dipaparkan secara rasmi bermula pada 28 Jun 2012.

Sila layari : http://portalpp.anm.gov.my/miri

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Pembantu Akauntan Gred W17 ke Gred W22. Pegawai-pegawai yang layak memohon mestilah yang telah dilantik ke jawatan Pembantu Akauntan Gred W17 sebelum atau atau 31 Disember 2000. Bagi permohonan yang telah lengkap, ia perlu dikemukakan ke Jabatan ini sebelum atau pada 27 JULAI 2012. Sila klik di sini untuk surat siaran.
Sila klik di sini untuk borang permohonan.

Berikut adalah notis tawaran tender bagi penyenggaraan dan perkhidmatan sokongan bagi Local Area Network (LAN) yang meliputi peralatan rangkaian dan keselamatan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Untuk maklumat lanjut, sila klik keratan kenyataan akhbar di sini.

DiskusiUmum

Sukacita dimaklumkan bahawa PERSAMA sedang menyediakan satu kertas kerja penambahbaikan Skim Perkhidmatan Perakaunan dalam Sistem SSM. Sehubungan dengan itu semua warga Perkhidmatan Perakauan dijemput untuk menghantarkan cadangan yang berkaitan dengan justifikasi lengkap untuk dimasukkan dalam kertas kerja yang berkenaan. Cadangan tersebut bolehlah di-emailkan kepada perasama[@]anm[dot]gov[dot]my. Sumbangsaran serta idea yang diberikan amatlah dihargai demi meningkatkan tahap profesionalisme perkhidmatan perakaunan kerajaan persekutuan. Sila kemukakan cadangan tersebut sebelum atau pada 14 Julai 2012. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web perasama di www.perasama.org.my.

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Subjek Jabatan bagi Penolong Akauntan Dan Pembantu Akauntan telah dikeluarkan. Keputusan boleh disemak dilaman web JANM pada bahagian ePeperiksaan > semakan keputusan ataupun klik sini

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close