Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2012

Berikut adalah iklan sebutharga bagi membekal, menghantar, memasang, mengkonfigurasi, menguji, menyenggara dan mentauliah peralatan rangkaian di Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam. Klik di sini untuk muat turun notis iklan.

Dimaklumkan bahawa pegawai dari kementerian/ jabatan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan telah dipilih untuk menyertai Kursus Bimbingan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) pada tarikh dan tempat sepperti berikut:


Tarikh : 1 hingga 2 Jun 2012
Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 7, JANM Putrajaya

Sila klik di sini untuk muat turun surat edaran.

Senarai pengesahan kehadiran peserta Program IPN-CIMA Executive Talk: Public Sector Performance - A Global Perspective Dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Di Antara Institut Perakaunan Negara (IPN) Dengan Chartered Institute Of Management Accountants (CIMA) pada 28 Mei 2012.

Sila klik di sini untuk muat turun senarai.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah membuat beberapa kali pindaan tarikh dan lokasi Persidangan Penolong Akauntan Sektor Awam ke-10 atas sebab-sebab teknikal dimana lokasi asal diperlukan oleh kerajaan Johor untuk penganjuran program utama kerajaan Johor. Jesteru itu, peserta persidangan layak untuk menuntut caj penalti penerbangan. Sila klik sini untuk surat edaran.

Dimaklumkan bahawa laporan  pengemaskinian maklumat sistem AGHR sehingga 14 Jun 2012 menunjukkan masih terdapat Pegawai Perkhidmatan Perakaunan Gred W17 sehingga W54 yang belum mengemaskini maklumat ke dalam sistem AGHR. Tarikh akhir pengemaskinian adalah selewat-lewatnya pada  28 Jun 2012. Senarai pegawai yang belum mengemaskini maklumat klik di sini.

Dimaklumkan bahawa Jabatan telah memproses tuntutan bayaran balik WTD yang telah dikemukakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bayaran balik WTD yang telah ditolak oleh bank atas sebab-sebab berikut:

a. Akaun tidak aktif/ dibekukan; atau
b. Akaun telah ditutup; atau
c. Akaun tidak dapat dikenalpasti (Nombor atau nama empunya akaun tidak tepat)

Berikut merupakan senarai empunya/entiti WTD yang tidak berjaya dihubungi untuk proses semula bayaran WTD tersebut. Adalah diharapkan empunya/entiti seperti yang disenaraikan dapat menghantar maklumat seperti salinan Kad Pengenalan dan salinan Penyata Bank yang aktif melalui email azliana[@]anm[dot]gov[dot]my atau faks ke talian 03-2072 5707. Maklumat lanjut sila klik di sini.

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat jawatan Penolong Akauntan Gred W27 ke Gred W32 dan Pembantu Akauntan Gred W17 ke Gred W22 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi pegawai yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih sebelum atau pada 31 Disember 2012 serta berada di dalam gred lantikan. Bagi permohonan yang telah lengkap, ia perlu dikemukakan ke Jabatan ini sebelum atau pada 27 JULAI 2012.

Sila klik di sini untuk surat siaran.
Sila klik di sini untuk borang permohonan.

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa dokumen Dasar Keselamatan ICT Versi 2.0 bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah berkuatkuasa mulai tahun 2012.

Sila klik di sini untuk manual muat turun dokumen

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan Gred W17.

Maklumat Kursus Siri 4 bagi Pembantu Akauntan Gred W17 Tahun 2012 adalah seperti berikut:

Kursus : eSPKB
Tarikh : 3 Julai 2012 hingga 5 Julai 2012
Tempat : IPN, Sabak Bernam


Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan Gred W17.

Maklumat Kursus Siri 3 bagi Pembantu Akauntan Gred W17 Tahun 2012 adalah seperti berikut:

Kursus : Perakaunan Terimaan/Hasil Kerajaan
Tarikh : 2 Julai 2012 hingga 4 Julai 2012
Tempat : IPN, Sabak Bernam

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close