Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2012

Dimaklumkan bahawa nota-nota Kursus Bulanan Siri 9/2012 : Pengurusan Fail dan Surat Rasmi Kerajaan yang bertarikh 15 Oktober 2012 boleh di muat turun melalui Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Klik sini untuk nota AMALAN REGISTRI SURATAN & BUKA TUTUP FAIL
Klik sini untuk nota PROGRAM PELUPUSAN REKOD
Klik sini untuk nota KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN SISTEM PR KERAJAAN YANG EFISIEN

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan Gred W27 dan Pembantu Akauntan Gred W17.

Maklumat Kursus Siri 5 bagi Penolong Akauntan W27 dan Siri 6 bagi Pembantu Akauntan Gred W17 pada tahun ini adalah seperti berikut:

Kursus : Perakaunan Akaun Amanah, Deposit, & Panjar
Tarikh : 19 hingga 22 November 2012
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Kuota : i) 25 orang Penolong Akauntan Gred W27
ii) 25 orang Pembantu Akauntan Gred W17 Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Penolong Akauntan Gred W27 dan Pembantu Akauntan Gred W17 yang berminat untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (Unit Kerjaya), BPPP melalui faks 03-88821055 atau emel nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my / siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my selewat-lewatnya sebelum atau pada 5 November 2012 (Isnin). Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi:

1) Cik Nurul Hafizah binti Sulong 03-88821188
2) Cik Siti Hajar binti Paiman 03-88821054


Sila klik di sini untuk muat turun:
i) Borang kursus Penolong Akauntan Gred W27
ii) Borang kursus Pembantu Akauntan Gred W17

Bengkel Peperiksaan Khas - Ujian Kemahiran Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dari skim Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir Kewangan ke Skim Perkhidmatan Penolong Akauntan W27 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 5 November hingga 7 November 2012
Tempat : Dewan Serbaguna Aras 7, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Persint 2 Putrajaya
Bayaran :
Ahli PERBAKTI : RM 230.00 @ setiap peserta
Bukan Ahli : RM 250.00 @ setiap peserta Klik sini maklumat lanjut.
Klik sini untuk membuat permohonan.

Dimaklumkan bahawa bengkel peperiksaan khas - Ujian Kemahiran kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) akan diadakan seperti di dalam surat edaran.

Klik sini untuk muat turun surat edaran
Klik sini untuk membuat permohonan

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa Jabatan ini untuk mengemukakan pencalonan daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional yang berada di dalam Gred 48 sehingga 54 bagi mengikuti program di atas.

Program ini akan berlangsung selama 12 minggu bermula 1 April 2013 sehingga 28 Jun 2013. Pegawai-pegawai yang berminat untuk mengikuti program ini hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA mulai 19 Oktober 2012 hingga 9 November 2012. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak serta dikemukakan bersama-sama dengan dokumen sokongan lain kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP sebelum atau pada 9 November 2012. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai berikut:

i) Puan Zaida Azian binti Shafiei - 03-88821035 / zaida[@]anm[dot]gov[dot]my
ii) Cik Nurul Hafizah binti Sulong - 03 -88821188 / nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut program dan permohonan secara atas talian.

Klik sini untuk merujuk surat edaran
Klik sini untuk senarai nama

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan Gred W27 dan Pembantu Akauntan Gred W17.

Maklumat Kursus Siri 5 bagi Penolong Akauntan W27 dan Siri 6 bagi Pembantu Akauntan Gred W17 pada tahun ini adalah seperti berikut:


Kursus : Perakaunan Akaun Amanah, Deposit, & Panjar

Tarikh : 19 hingga 22 November 2012
Tempat : IPN, Sabak Bernam Sila klik di sini untuk muat turun surat edaran dan senarai pegawai terpilih mengikuti kursus ini: 1) Penolong Akauntan W27
2) Pembantu Akauntan W17

Di umumkan bahawa Slip Arahan Calon untuk Peperiksaan KPSL yang akan diadakan pada 21 dan 22 November 2012 boleh mula di cetak pada Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Jabatan ini untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) serta Kumpulan Pelaksana untuk memohon kemudahan penajaan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa bagi mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda, Sarjana, dan Ph.D.

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian di portal JPA mulai 5 November 2012 hingga 23 November 2012.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 26 November 2012 (Isnin). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai berikut: i) Puan Zaida Azian binti Shafiei - 03-88821035 / zaida[@]anm[dot]gov[dot]my
ii) Cik Nurul Hafizah binti Sulong - 03-88821188 / nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my Klik di sini untuk muat turun surat edaran JPA.
Klik di sini untuk permohonan atas talian.

Y.Bhg. Datuk/Dato’/ Tuan/Puan,

Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, satu kajian untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelanggan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011 melalui borang soal selidik yang disertakan bersama ini. Sehubungan itu, sukacita sekiranya Y.Bhg. Datuk/Dato’/ Tuan/Puan dapat memberi kerjasama dengan mengisi dan menjawab borang soal selidik ini dan memberikan pandangan dan cadangan tambahan, sekiranya ada. Penemuan kajian ini amat berguna dalam membantu pihak pengurusan merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian di masa hadapan.

Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan hanya angka-angka umum sahaja akan dianalisis dan digunakan bagi tujuan penyediaan laporan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Muat turun Borang Kajian KPPKKP_2011 di sini

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close