Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Gotong-royong Perdana 5S 2012 Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 18/07/2012 (Rabu)
Masa : 2.30 ptg – 3.30 ptg
Tempat : Dewan Serbaguna Aras 7, JANM, Putrajaya


Tuan-tuan dan Puan-puan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Tuan/puan adalah dimohon untuk menepati waktu agar majlis dapat berjalan lancar. Aturcara adalah seperti berikut
*Goodies bag disediakan kepada yang hadir Sila klik sini untuk muat turun atur cara majlis

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara (JANM) Tahun 2012 menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Inovasi JANM 2012 bersempena dengan sambutan Hari Inovasi 2012. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga JANM dan anggota di bawah Perkhidmatan Perakaunan JANM dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Ogos 2012.


Sila klik di sini untuk muat turun surat edaran
Sila klik di sini untuk muat turun garis panduan

Dimaklumkan bahawa kursus bertajuk "Speed Reading" yang dijadualkan pada 19 -20 Julai 2012 (khamis - Jumaat) di Institut Perakaunan Negara (IPN) ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Sekian, terima kasih.

Klik sini untuk muat turun surat edaran.

Adalah dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 48 - 54 untuk mengikuti Kursus Economic Partnership Program (EPP) - Leadership Development Program for Middle Management Level (Managers). Program ini akan berlangsung selama 27 hari bermula dari 1 hingga 27 Oktober 2012 di Jepun. Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 25 Julai 2012 (Rabu). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

1. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Encik Muhd Faidzol bin Ariffin Tel : 03 - 8882 1030 / Emel : faidzol.ariffin[@]anm[dot]gov[dot]my

Klik di sini untuk melayari laman web JPA bagi memuat turun surat edaran dan borang permohonan

Kursus bulanan siri 7/2012 yang bertajuk "Integriti dan Taqwa Satu Tautan Amalan Organisasi Anda" akan di adakan pada masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 02/08/2012
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat : Dewan Sebaguna Aras 7, JANM

Permohonan untuk mengikuti kursus ini boleh dimohon secara online di laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia > e-Kursus.

atau klik sini.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi tiga (3) jawatan secara kontrak dalam perkhidmatan (contract for service) di JANM :

i. Akauntan Gred W52 (1 Jawatan)
ii. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F52 (1 Jawatan)
iii. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F48 (1 Jawatan)

Tarikh tutup permohonan 13 Ogos 2012.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini .
Borang Permohonan, sila klik di sini .

Bersama-sama ini disertakan surat Anugerah Pekerja Inovatif Dan Kreatif (APIK) Jabatan Akauntan Negara Malaysia bertarikh 17 Julai 2012.

Klik di sini untuk muat turun surat

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan bagi Pembantu Akauntan (W17) dan Penolong Akauntan (W27) pada 10 Oktober 2012. Tarikh tutup permohanan pada 15 Ogos 2012 (Rabu).

Klik sini untuk muat turun surat untuk Pembantu Akauntan (W17)
Klik sini untuk muat turun surat untuk Penolong Akauntan (W27)

klik sini untuk memohon
atau ke
laman web JANM > ePeperiksaan > permohonan > subjek jabatan

Klik sini untuk muat-turun

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close