Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2012

Berikut adalah notis tawaran tender bagi perkhidmatan membekal, menghantar, memasang, menguji, menyenggara dan mentauliahguna perkakasan dan perisian ICT kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia .

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan Gred W17.

Kursus Penyelenggaraan dan Penyesuaian Buku Vot bagi Pembantu Akauntan Gred W17 di bawah Pelan Latihan (Training Roadmap) JANM akan diadakan pada 4 – 5 September 2012.

Sila klik di sini untuk muat turun surat tawaran berserta senarai peserta yang berjaya.

Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk mengikuti Kursus Diploma Sains Pengurusan/ Sarjana Sains Pengurusan Sesi 2012/2013.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal JPA mulai 8 Ogos 2012 sehingga 30 Ogos 2012. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 3 September 2012 (Isnin) pukul 5.00 petang. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

1. Encik Muhd Faidzol bin Ariffin
Tel : 03-88821030
Emel : faidzol.ariffin[@]anm[dot]gov[dot]my

Sebarang permohonan yang diterima selepas 3 September 2012 tidak akan dilayan.


Sila klik di sini untuk muat turun surat edaran.
Sila klik di sini untuk muat turun syarat-syarat dan tatacara permohonan.
Sila klik di sini untuk permohonan atas talian.

Untuk makluman Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan, Pengurusan JANM telah memutuskan supaya satu kajian dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepuasan bekerja warga JANM mengenai aspek kerja semasa di jabatan ini. Sehubungan itu, sukacita sekiranya Y. Bhg. Datuk/Dato´/Datin/Tuan/Puan dapat memberi kerjasama dengan mengisi dan menjawab soal selidik ini secara atas talian (online) melalui laman web JANM mulai 1 SEPTEMBER hingga 28 SEPTEMBER 2012 di samping memberikan pandangan dan cadangan tambahan, sekiranya ada.

Mula mengisi soal selidik, sila klik di sini.

Adalah dimaklumkan bahawa, Kursus Induksi Umum & Khusus Dan Kursus Pra-Penempatan Bilangan 2/2012 bagi Pembantu Akauntan W17 akan diadakan pada 24 September 2012 hingga 24 Oktober 2012 bertempat di Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam. Pengesahan kehadiran kursus secara online hendaklah dibuat pada atau sebelum 14 September 2012 (Jumaat).

Klik di sini untuk muat turun surat edaran.
Klik di sini untuk pengesahan kehadiran kursus.

Sila klik di sini untuk Surat Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013
Sila klik di sini untuk maklumat Kod Perakaunan Tahun Kewangan 2013

Dimaklumkan bahawa bengkel peperiksaan khas - Ujian Kemahiran kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) akan diadakan seperti di dalam surat edaran.

Klik sini untuk muat turun surat edaran
Klik sini untuk membuat permohonan

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan Gred W27.

Maklumat Kursus Siri 3 dan Siri 4 bagi Penolong Akauntan Gred W27 pada tahun ini adalah seperti berikut:

Siri 3
Kursus : Perakaunan Terimaan / Hasil Kerajaan
Tarikh : 1 Oktober 2012 hingga 3 Oktober 2012
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Bilangan peserta : 25 orang sahaja
Tarikh tutup permohonan : 21 September 2012


Siri 4
Kursus : Penyesuaian Bank
Tarikh : 16 Oktober 2012 hingga 17 Oktober 2012
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Bilangan peserta : 25 orang sahaja
Tarikh tutup permohonan : 1 Oktober 2012


Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Penolong Akauntan Gred W27 yang berminat untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (Unit Kerjaya), BPPP melalui faks 03-88821055 atau emel nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my / siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi:

1) Cik Nurul Hafizah binti Sulong 03-88821188
2) Cik Siti Hajar binti Paiman 03-88821054

Sila klik untuk borang permohonan kursus
1) Perakaunan Terimaan Hasil / Kerajaan
2) Penyesuaian Bank

Dimaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) boleh di semak secara atas talian di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia bahagian semakan keputusan

Atau

klik sini untuk menyemak keputusan BITK.

Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai-pegawai Kumpulan Pelaksana yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama adalah dipelawa untuk memohon kemudahan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi Sesi Pengajian 2012/2013. Untuk pengajian sepenuh masa, penajaan yang ditawarkan adalah Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) dan PBU, manakala bagi pengajian separuh masa, hanya PBU yang ditawarkan.

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan PBU secara atas talian di portal JPA mulai 14 September 2012 hingga 12 Oktober 2012.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 12 Oktober 2012 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai berikut:

i) Puan Zaida Azian binti Shafiei - 03-88821035 / zaida[@]anm[dot]gov[dot]my
ii) Cik Nurul Hafizah binti Sulong -  03-88821188 / nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my

Klik di sini untuk muat turun surat edaran JPA.
Klik di sini untuk permohonan atas talian.

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close