Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kami aduan    peta-laman
 
Info Media Gallery Video/Audio Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Jabatan ini untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) sesi 2012/2013 bagi mengikuti pengajian di peringkat Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana dan Ph.D secara separuh masa.

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan HLPSB secara atas talian di portal JPA mulai 14 September 2012 hingga 12 Oktober 2012.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 12 Oktober 2012 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai berikut:

i) Puan Zaida Azian binti Shafiei - 03-88821035 / zaida[@]anm[dot]gov[dot]my
ii) Cik Nurul Hafizah binti Sulong - 03-88821188 / nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my

Klik di sini untuk muat turun surat edaran JPA.
Klik di sini untuk permohonan atas talian.

Dimaklumkan bahawa Kursus Bulanan Siri 8/2012 yang bertajuk Knowladge Sharing Session - Amalan Organisasi Anda akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 28.09.2012 (JUMAAT)
Masa :  8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
Tempat :  DEWAN SERBAGUNA, ARAS 7, JANM PUTRAJAYA

Klik sini untuk muat turun surat edaran
klik sini untuk membuat pendaftaran atau di Portal Jabatan Akauntan Nagara Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa JANM akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) pada 3 Oktober 2012 (Rabu).

Program HBP yang akan diadakan adalah seperti berikut:

i. Ceramah Kerjaya
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Aras 7, JANM

ii. Pameran di booth
Masa : 8.30 pagi – 3.00 petang
Tempat : Ruang Legar Kafetaria Aras 1, JANM

Sila klik di sini untuk muat turun poster

Adalah dimaklumkan bahawa pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) mewajibkan penggunaan satu (1) Borang UMA-8 (Bon Tanggung Rugi) dimatikan setem hasil bagi setiap nama pemunya yang dituntut oleh entiti. Arahan ini berkuatkuasa mulai Oktober 2012.Bersama-sama ini disertakan untuk rujukan.

i) surat edaran - klik di sini
ii) contoh pengisian borang UMA-8 - klik di sini

Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 130 orang pegawai JANM telah terpilih untuk menyertai Persidangan MIA 2012. Pendaftaran peserta persidangan akan dipanjangkan oleh Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP kepada Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Klik di sini untuk muat turun memo edaran dan senarai peserta.

Dimaklumkan bahawa slip arahan calon bagi calon-calon yang mengambil Peperiksaaan Subjek Jabatan boleh dicetak di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia bahagian e-Peperiksaan atau klik sini.

Sila klik di sini untuk muat turun senarai peserta yang terpilih.
Sila klik di sini untuk muat turun surat siaran.

Kursus di bawah Pelan Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk Penolong Akauntan Gred W27 akan diadakan seperti berikut:

Tajuk : Penyesuaian Bank
Tarikh : 16 – 17 Oktober 2012
Tempat : Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam

Seramai 25 orang Penolong Akauntan Gred W27 telah dipilih bagi menyertai kursus ini. Pengesahan kehadiran perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 8 Oktober 2012 (Isnin).

Sila klik di sini untuk muat turun surat edaran.

Kursus Bulanan Siri 9/2012 yang bertajuk Pengurusan Fail dan Surat Kerajaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 15/10/2012 (Isnin)
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : Dewan Sebaguna Aras 7, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya.

Klik sini untuk muat turun surat edaran.
Klik sini untuk membuat permohonan atau ke Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Contact Us

Accountant General's Department of Malaysia (AGD)
Level 1-8, Ministry of Finance Complex,
No. 1, Persiaran Perdana, Precinct 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Counter Operating Hours AGD Putrajaya
Monday - Thursday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 1.00 pm - 2.00 pm)
Friday : 8.30 am - 5.00 pm
(Break hours : 12.15 pm - 2.45 pm)
Saturday, Sunday & Public Holidays : Close