Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2014

Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa JANM sedang melaksanakan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) bagi tahun 2014.

 

Pelaksanaan SPAN di JANM adalah berdasarkan Arahan Y.A.B Perdana Menteri Siri 7 No. 1 Tahun 2007 iaitu Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam di Agensi Kerajaan. SPAN adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program nilai murni di JANM dan seterusnya membantu membangunkan strategi bagi peningkatan amalan nilai murni.

Kerjasama Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi soal selidik SPAN dengan melayari laman web www.interactive.jpa.gov.my/auditnilai dengan memasukkan Kod Jabatan / Agensi : 3652  mulai 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 adalah amat dihargai.

Sila klik di sini untuk merujuk kepada Manual Pengguna SPAN.

Kerjasama daripada Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:

            Puan Noraida Binti Alias

            No. Tel      : 03-8886 9508

            Emel         : noraida.alias[@]anm[dot]gov[dot]my

            Encik Ahmad Yazid bin Md Lani

            No. Tel      : 03-8886 9576

            Emel         : ayazid@[@]anm[dot]gov[dot]my

            Cik Cakrawati binti Osman

            No. Tel      : 03-8886 9646

            Emel         : ati[@]anm[dot]gov[dot]my

Sekian.

Tawaran Mengikuti ‘On-Site Joint Training Program’ Tahun 2014 Bagi Pegawai Kerajaan Malaysia Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dan Central Officials Training Institute (COTI), Korea Selatan


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA telah mempelawa pencalonan dari kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga Gred 54 yang sedang berkhidmat di Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk mengikuti kursus di atas yang dijadual pada 8 hingga 10 Disember 2014 bertempat di INTAN Kota Kinabalu, Sabah.

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang JPA(L) LDP 1B/96 dan diperakukan oleh Pengarah Bahagian/ JANM Negeri masing-masing. Permohonan lengkap hendaklah dikemukakan ke Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK) selewat-lewatnya 27 November 2014. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai bertanggungjawab iaitu Puan Fauziah binti Abdullah di talian 03-88821188.

Surat edaran muat turun di sini
Borang permohonan muat turun di sini
On Site Training Proposal muat turun di sini
Tentatif Program muat turun di sini

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan sukacitanya mempelawa kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi Membekal, Menghantar dan Memasang Peralatan Penyaman Udara - Kod Bidang 020301 (Perkakas Elektrik dan Aksesori) di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam, Selangor.

Klik untuk muat turun Notis Mesyuarat

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan sukacitanya mempelawa kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi Membekal, Menghantar dan Memasang Peralatan Sistem Siaraya (Conference System dan Portable PA System) - Kod Bidang 010302 (Peralatan Penerbitan/Percetakan) di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam, Selangor.

Klik untuk muat turun Notis Mesyuarat

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan sukacitanya mempelawa kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi Membekal dan Menghantar Bekalan Buku Perpustakaan

Kod Bidang 010101 (Bahan Bacaan Terbitan Luar Negara) dan
Kod Bidang 010102 (Bahan Bacaan)

di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam, Selangor.

Klik untuk muat turun

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan sukacitanya mempelawa kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi Membekal, Menghantar dan Memasang Peralatan Pemanas Mandi - Kod Bidang 020301 (Perkakas Elektrik dan Aksesori) di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam, Selangor.
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang perkara berkaitan, Klik untuk muat turun.

 

Sekian, terima kasih.

Sebut Harga JANM Bil.7/2014 - Perkhidmatan Peningkatan Pintu Pusat Data Di Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya Kepada Pintu Jenis Rintangan Api

Klik untuk muat turun dokumen

Tarikh Tutup : 7 November 2014 (Jumaat)

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2014 - Tatacara Perakaunan Bon Pelaksanaan Bagi Kontrak Kerja

 

Klik untuk muat turun SPANM Bil.3 Tahun 2014

Sebut Harga JANM Bil.6/2014 - Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiterima, Mentauliah Dan Menyenggara Peralatan Private Automatic Branch Exchange (PABX) Di Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam, Selangor

Klik untuk muat turun dokumen

 

Tarikh Tutup : 27 Oktober 2014(Isnin)

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup