Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2014

MAKLUMAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA (AJK) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM PUTRAJAYA (PERPENA) SESI 2014/2015 MERANGKAP WAKIL MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JAWATAN PENOLONG AKAUNTAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)

 

Klik untuk muat turun Surat makluman.

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan hormatnya menjemput tuan/puan daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) bagi menghadiri kursus TOT yang akan dianjurkan pada tetapan berikut :-

 Tarikh  29 – 30 September 2014 (Isnin dan Selasa)
 Tempoh berkursus   2 hari
 

Tempat 

 Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara (IPN CPD),
 Unit 02-01-01, Menara 2 Wisma Mustapha Kamal
 Neocyber Lingkaran Cyberpoint Barat Cyber 1263000 Cyberjaya

Tarikh dan Waktu Pendaftaran : 29 Sept 2014, pada pukul 8.00 pagi.

Tiada bayaran yuran dikenakan. Kursus adalah PERCUMA.

Kepada yang berminat sila lengkapkan Borang Permohonan Kursus di Laman Rasmi IPN di sini.
(Sila pilih kursus yang bertajuk Training Of Trainers : Speed Reading And Memory Booster)
Sekian, terima kasih.

Semua Akauntan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian/ Negeri/ Cawangan JANM
Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan, PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2015 Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (Bagi Pegawai Perkhidmtan Gunasama) untuk pegawai Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) sesi 2015. Bagi pegawai di bawah Perkhidmatan Bukan Gunasama, Program HLP sahaja ditawarkan. Sehubungan itu, di bawah Perkhidmatan Bukan Gunasama, para Akauntan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon Program HLP ini. Semua Akauntan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 5 salinan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 27 Ogos 2014 (Rabu). Calon/pemohon akan dipanggil temuduga dalam tempoh terdekat sebelum diperakui ke JPA. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut: Puan Eba Juiata binti Taib Tel: 03-8882 1035 / emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan roziana binti Ab. Aziz Tel: 03-8882 1030 / emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Cik Roziana binti Md Rasip Tel: 03-8882 1191 / emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan. Sekian, terima kasih

KURSUS BULANAN 7/2014 : BENGKEL PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN KHAS MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

 

Klik di sini untuk memo Kursus Bulanan

Klik di sini untuk membuat pendaftaran secara atas talian

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan sukacitanya mempelawa kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi memberi Perkhidmatan Pembersihan Ruang Pejabat - Kod Bidang 221001 di Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara, Cyberjaya, Selangor.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang perkara berkaitan, boleh muat turun di sini.

Sekian, terima kasih.

Sukacita dimaklumkan bahawa PERBAKTI dengan kerjasama Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan mengadakan Seminar pada tarikh, masa dan tempat :

Tarikh : 20 Mei 2014 (Selasa)
Tempat : Dewan Serbaguna Aras 7, JANM
Penyertaan : Pembantu Akauntan (Keutamaan Kepada Ahli PERBAKTI)

Klik di sini untuk surat seminar
Klik di sini untuk membuat permohonan secara dalam talian

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan sukacitanya mempelawa kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi memberi perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Penyaman Udara - Kod Bidang 220301 di bangunan pentadbiran baharu, Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam, Selangor.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang perkara berkaitan, boleh muat turun di sini.

Sekian, terima kasih.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup