Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2014

Pelawaan bagi menghadiri Kursus Belanjawan Negara : Outcome Based Budgeting (OBB)

Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan hormatnya menjemput tuan/puan daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) bagi menghadiri kursus OBB yang akan dianjurkan pada tetapan berikut :-

 

Tarikh   10 - 11 Jun 2014 (Selasa dan Rabu)
Tempoh  berkursus 10 jam
Tempat  Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara (IPN CPD), 
Unit 02-01-01, Menara 2 Wisma Mustapha Kamal, 
Neocyber Lingkaran Cyberpoint Barat Cyber 12, 
63000 Cyberjaya.

Penceramah jemputan ialah Encik Nik Husni bin Nik Soh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh dan waktu pendaftaran : 10 Jun 2014, pada pukul 8.00 pagi.
Tiada bayaran yuran dikenakan. Kursus adalah PERCUMA.

Kepada yang berminat, sila lengkapkan borang permohonan kursus di Laman Rasmi IPN atau klik di pautan ini. >>> Mohon kursus (Sila pilih kursus yang bertajuk Sistem Belanjawan Negara)

Tarikh tutup bagi permohonan kursus-kursus swasta dalam negeri yang disenarai di e-kursus adalah seperti berikut:-

1. Asas Aplikasi AutoCAD : tarikh tutup 5 Mei 2014.
2. Pengurusan Perolehan Tender, Pentadbir Kontrak, Sebut Harga & Perunding : tarikh tutup 16 Mei 2014.
3. Bengkel Setiausaha Super! : tarikh tutup 16 Mei 2014.
4. Persidangan Resolusi Wanita ke-2 : tarikh tutup 9 Jun 2014.
5. Leading and Managing Fraud Investigation: tarikh tutup 4 Ogos 2014.

Maklumat terperinci kursus, sila klik ke e-kursus

Klik di sini untuk memo kursus bulanan.
Klik di sini untuk pendaftaran secara atas talian.

Sila klik disini , untuk memuat turun Federal Government Accrual Accounting Manual

Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Islam Di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan Bagi Tempoh 3 Tahun

Tarikh Tutup Tender : 8 Mei 2014 12.00 PM

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Sila klik di sini.

Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 48-54 untuk mengikuti Kursus Economic Partnership Program (EPP) - The Leadership Development Program for Middle Management Level (Managers)

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal esila JPA mulai 11 hingga 25 April 2014. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 28 April 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

1. Puan Roziana binti Ab Aziz Tel: 03-88821030 Emel :roziana[@]anm[dot]gov[dot]my

Sebarang permohonan yang diterima selepas 28 April 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi tidak akan dilayan.

Sila klik di sini untuk permohonan atas talian.
Sila klik di sini untuk surat edaran.

PERSIDANGAN PENGGUNA SAGA 2014


22 - 24 APRIL 2014
TH HOTEL & CONVENTION CENTRE, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN.


Sila klik di sini untuk muat turun nota persidangan.

Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 41-44 untuk mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI) 2014 bagi Kumpulan Junior Gred 41-44.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal esila JPA mulai 1 hingga 11 April 2014. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP sebelum atau pada 14 April 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

1. Puan Roziana binti Ab Aziz Tel: 03-88821030 Emel: roziana[@]anm[dot]gov[dot]my


Sebarang permohonan yang diterima selepas 14 April 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi tidak akan dilayan.

Sila klik di sini untuk permohonan atas talian.
Sila klik di sini untuk surat edaran.

Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Pertengahan Gred 48-54 untuk mengikuti Kursus Pendek di Luar Negara di bawah Program Pembangunan Kepimpinan Kumpulan Pengurusan Pertengahan Gred 48-54 bagi tahun 2014.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal esila JPA mulai 1 hingga 11 April 2014. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP sebelum atau pada 14 April 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

1. Puan Roziana binti Ab Aziz Tel: 03-88821030 Emel : roziana[@]anm[dot]gov[dot]my

 

Sebarang permohonan yang diterima selepas 14 April 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi tidak akan dilayan.

Sila klik di sini untuk permohonan atas talian.
Sila klik di sini untuk surat edaran.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup