Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2014

Adalah dimaklumkan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengedarkan soal selidik untuk Kajian Tinjauan Perkhidmatan Awam Malaysia: Keterlibatan Pegawai dalam Organisasi (The Malaysian Civil Service People Survey) kepada semua penjawat awam. Sehubungan itu, Warga JANM dijemput untuk menjawab soal selidik kajian ini.

Sila klik di SINI untuk pautan soal selidik kajian tersebut.

http://www.interactive1.jpa.gov.my/survey/index.php/814482/lang-ms.

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK) TAHUN 2014

Keputusan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) boleh disemak di sini.

Cetakan Slip Arahan Calon Peperiksaan Subjek Jabatan Penolong Akauntan W27 Dan Pembantu Akauntan W17 Siri 2 Tahun 2014

 

Klik untuk cetakan slip arahan calon peperiksaan.

Adalah dimaklumkan, Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara (IPNCPD) dengan kerjasama CPA Australia telah merangka program keahlian profesional khusus untuk akauntan-akauntan kanan Gred W48 hingga Gred W54. Para akauntan kanan yang memenuhi syarat hanya perlu lulus tiga subjek dibawah Tahap Profesional iaitu Ethics and Governance, Financial Reporting, dan Global Strategy and Leadership.

Sehubungan itu, para akauntan yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut adalah dijemput menghadiri satu sesi taklimat khas berhubung inisiatif ini seperti berikut:

Tarikh : 15 Oktober 2014 (Rabu)
Tempat : Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara (IPNCPD), Cyberjaya
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Kumpulan Sasaran : Akauntan Gred W48 hingga W54

 

Klik untuk mendapatkan surat jemputan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Sesi 2014/2015 bagi mengikuti pengajian di peringkat Diploma Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana dan Ph.D secara separuh masa.

Sesalinan surat edaran adalah seperti di Lampiran. Pemohon boleh melayari http://esilav2.jpa.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan tatacara permohonan.

Sila hantarkan permohonan yang lengkap sebanyak dua (2) salinan kepada UPKK selewat-lewatnya pada 3 Oktober 2014 (Jumaat). sebarang pertanyaan , sila hubungi

Pn Eba Juiata binti Taib 03-8882 1035
Pn Roziana binti Ab Aziz 03-8882 1030
Cik Rozalinda binti Md Rasip 03-8882 1191

 

Klik untuk muat turun surat edaran HLPSB.

 

Klik untuk muat turun Lampiran B.

 

Klik untuk muat turun Lampiran C.

 

Klik untuk muat turun Lampiran D.

 

Pelawaan Bagi Menghadiri Kursus Sistem Belanjawan Negara – Outcome Based Budgeting (OBB) Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan hormatnya menjemput tuan/puan daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan Kumpulan Sokongan 1 bagi menghadiri kursus tersebut yang akan dianjurkan pada tetapan berikut :-

 Tarikh   14 – 15 Oktober 2014 (Selasa dan Rabu)
 Tempoh berkursus   2 hari
 Tempat   Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara (IPN CPD),
 Unit 02-01-01, Menara 2 Wisma Mustapha Kamal,
 Neocyber Lingkaran Cyberpoint Barat Cyber 12,
 63000 Cyberjaya.
 Tarikh dan Waktu Pendaftaran   14 Oktober 2014, pada pukul 8.00 pagi.
Yuran Kursus   RM30.00
Tarikh Tutup Permohonan  03/10/2014

Kepada yang berminat sila lengkapkan Borang Permohonan Kursus di pautan berikut, Mohon kursus (Sila pilih kursus yang bertajuk Sistem Belanjawan Negara - Outcome Based Budgeting (OBB)) Sekian, terima kasih.

URUSAN PEMANGKUAN JAWATAN PEMBANTU AKAUNTAN GRED W22 KE GRED W26 DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Pembantu Akauntan Gred W22 ke Gred W26. Pegawai-pegawai yang layak memohon mestilah yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pembantu Akauntan Gred W22 yang berkhidmat genap 6 tahun atau lebih dalam gred kenaikan pangkat atau pada 31 Disember 2008. Bagi permohonan yang telah lengkap, ia perlu dikemukakan ke Jabatan ini selewat-lewatnya pada 10 OKTOBER 2014.

Sila klik di sini untuk surat siaran.

URUSAN PEMANGKUAN JAWATAN PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 KE GRED W32 DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

 

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Penolong Akauntan Gred W27 ke Gred W32. Pegawai-pegawai yang layak memohon mestilah yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27 yang berkhidmat genap 6 tahun atau lebih dalam gred kenaikan pangkat atau pada 31 Disember 2008. Bagi permohonan yang telah lengkap, ia perlu dikemukakan ke Jabatan ini selewat-lewatnya pada 10 OKTOBER 2014.

 

Klik untuk muat turun surat siaran.

URUSAN PEMANGKUAN JAWATAN PENOLONG AKAUNTAN GRED W32 KE GRED W36 DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Penolong Akauntan Gred W32 ke Gred W36. Pegawai-pegawai yang layak memohon mestilah yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Akauntan Gred W32 yang berkhidmat genap 8 tahun atau lebih dalam gred kenaikan pangkat atau pada 31 Disember 2006. Bagi permohonan yang telah lengkap, ia perlu dikemukakan ke Jabatan ini selewat-lewatnya pada 10 OKTOBER 2014.

 

Klik untuk muat turun surat siaran.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup