-
Bolehkah jabatan / agensi meneruskan pelaksanaan kursus-kursus kewangan yang telah dirancang?
Jabatan / agensi boleh melaksanakan kursus-kursus kewangan yang telah dirancang dengan mengemukakan permohonan kepada IPN menggunakan Borang Permohonan Menganjurkan Kursus Generik Kewangan Oleh Kementerian / Jabatan.
-
Sekiranya jabatan / agensi menganjurkan kursus-kursus yang mengandungi hanya beberapa slot kewangan, perlukah jabatan / agensi mendapat kebenaran dari IPN?
Tidak perlu.
-
Bagaimanakah prosedur untuk mendapatkan tenaga pengajar kewangan dari IPN?
Pihak jabatan / agensi boleh mengemukakan permohonan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan.
-
Bilakah tarikh pemusatan kursus-kursus kewangan ini mula berkuatkuasa?
Tarikh kuatkuasa adalah mulai 29 Jun 2010 berdasarkan surat edaran dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan rujukan fail JPA(S)(BPO)215/65 Klt.22(7) bertarikh 29 Jun 2010.
Pemusatan Kursus Perakaunan dan Kewangan
- Butiran
- 12727