Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Perkhidmatan
  • 'Core Centre' Kursus Generik Kewangan

    Institut Perakaunan Negara (IPN) adalah merupakan satu bahagian di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang ditubuhkan bertujuan untuk membangun dan mempertingkatkan kompetensi penjawat awam khususnya di dalam bidang kewangan dan perakaunan.

    IPN sebagai salah sebuah Institut Latihan Awam telah diiktiraf sebagai Core Centre Kursus Generik Kewangan berkuatkuasa mulai 29 Jun 2010 berdasarkan surat edaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan rujukan fail JPA(S)(BPO)215/65Klt.22(7) bertarikh 29 Jun 2010. IPN menawarkan 95 tajuk kursus dalam bidang perakaunan, kewangan, pengauditan, sistem maklumat perakaunan dan kepimpinan. 

  • Permohonan Kursus

    Kursus-kursus yang dianjurkan oleh IPN adalah terbuka kepada semua penjawat awam sama ada yang berkhidmat di Kementerian/Jabatan/Agensi/Badan Berkanun di peringkat Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sila rujuk Takwim Latihan untuk maklumat mengenai senarai kursus-kursus yang ditawarkan.

    Semua permohonan kursus boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal IPN di www.ipn.gov.my atau sila klik di sini « Permohonan Kursus ».

  • Permohonan Menganjurkan Kursus Generik Kewangan

    Kementerian/Jabatan/Agensi boleh melaksanakan kursus-kursus kewangan yang telah dirancang secara dalaman dengan mengemukakan permohonan kepada IPN menggunakan Borang Permohonan Menganjurkan Kursus Generik Kewangan Oleh Kementerian/Jabatan yang boleh dimuat turun di portal JANM di menu Info > Muat Turun > Borang-Borang.

  • Permohonan Mendapatkan Khidmat Tenaga Pengajar IPN

    Kementerian / Jabatan / Agensi yang menganjurkan kursus kewangan dan perakaunan secara dalaman (in house training) boleh mendapatkan khidmat tenaga pengajar IPN dengan mengemukakan permohonan mengikut garis panduan yang tertentu.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan Permohonan Khidmat Tenaga Pengajar IPN di portal JANM di menu Perkhidmatan > Tatacara & Panduan.

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2024

(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

Bulan Tarikh Hari Catatan
Januari 24.01.2024 Rabu Hari Thaipusam 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari 23.02.2024 Jumaat Tahun Baru Cina 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu & Ahad)
Mac 25.03.2024 Isnin -
April 25.04.2024 Khamis Hari Raya Puasa 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei 24.05.2024 Jumaat Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun 13.06.2024 Khamis Hari Gawai 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai 19.07.2024 Jumaat -
Ogos 23.08.2024 Jumaat -
September 25.09.2024 Rabu -
Oktober 24.10.2024 Khamis Hari Deepavali 31 Oktober 2024 (Khamis)
November 25.11.2024 Isnin -
Disember 19.12.2024 Khamis Hari Krismas 25 Disember 2024 (Rabu)

 Rujukan - SPANM Bil. 6/2023 - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 - Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

PERMOHONAN KELULUSAN JURUAUDIT SYARIKAT DAN PENYELESAI DI BAWAH AKTA SYARIKAT 2016

BIL TAJUK PDF / WORD
A PENDAFTARAN SEBAGAI PENGGUNA BLESS    
  1.  Panduan Pendaftaran Pertama Kali Ke Sistem BLESS (Business Licensing Electronic Support System) https://www.bless.gov.my/bless  Muat Turun
B PERMOHONAN KELULUSAN SEBAGAI JURUAUDIT SYARIKAT
 
  1.  Garis Panduan Berhubung Kelulusan Sebagai Juruaudit Syarikat (Berkuat kuasa mulai 1 April 2023)   Muat turun
      Lampiran I - Format Surat Penaja (Bahasa Malaysia) Muat turun
      Lampiran II - Format Surat Penaja (Bahasa Inggeris) Muat turun
  2.  Panduan Permohonan Kelulusan Baharu Sebagai Juruaudit Syarikat Muat turun
  3.  Panduan Permohonan Pembaharuan Kelulusan Sebagai Juruaudit Syarikat Muat turun
  4.  Panduan Permohonan Cetakan Semula Pembaharuan Kelulusan Juruaudit Syarikat Muat turun
C PERMOHONAN KELULUSAN SEBAGAI PENYELESAI  
  1.  Garis Panduan Berhubung Kelulusan Sebagai Penyelesai Muat turun
     Lampiran I - Kelayakan Permohonan Sebagai Penyelesai   Muat turun
  2. Panduan Permohonan Kelulusan Baharu Sebagai Penyelesai Syarikat
Muat turun
  3. Panduan Permohonan Pembaharuan Kelulusan Sebagai Penyelesai Syarikat Muat turun



Sebarang pertanyaan berhubung urusan kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut :

BIL. NAMA PEGAWAI TELEFON E-MEL (@anm.gov.my)
1 Mohamed Syamsuddi bin Mohamed Shamsudin 03-8882 1118 syamsuddi
2 Siti Norliana binti Zakaria 03-8882 1196 sitinorliana
3 Norezyan binti Supari 03-8882 1172 norezyan
4 Mohamad Fareez bin Abd Wahab 03-8882 1194 fareez.wahab
5 Nurul Ashikin binti Ismail 03-8882 1053 nurulashikin.ismail
6 Hilary Anak Sut 03-8882 1031 hilary.sut
7 Alifah Atirah binti Suhaimi 03-8882 1192 alifah.suhaimi

Penubuhan CDS MOF pada 1 Jun 1999 bertujuan menerima pengkreditan data-data sekuriti orang awam yang gagal mendeposit ke akaun CDSnya dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  • Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) (Pindaan) (No.2) 1998 (SICDA)

    Seksyen 14
    Seksyen ini berkaitan dengan saham syarikat baru yang diapungkan di Bursa Malaysia.

    Seksyen 29
    Seksyen ini berkaitan dengan saham yang gagal didepositkan oleh pemunya benefisial ke akaun CDSnya sebelum/pada 30 November 1998.

    Seksyen 30
    Seksyen ini berkaitan dengan saham yang tidak dapat dikesan pemunya asalnya.

  • Bonus

    Mana-mana sekuriti dalam akaun CDS MOF yang memperolehi saham bonus akan terus dikreditkan ke akaun CDS MOF. Seksyen Pengurusan Sekuriti akan mengenalpasti setiap sijil yang layak mendapat bonus berkenaan dan akan dikreditkan terus ke akaun CDS pemohon bersama saham induknya.

  • Dividen / Faedah

    Dividen/faedah yang diterbit oleh mana-mana sekuriti dalam Akaun CDS MOF akan diagih dan dibayar kepada pemohon yang telah mendapatkan semula saham-sahamnya dan layak menerima dividen tersebut. Baki dividen/faedah yang tidak dituntut akan diserah kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

  • Statistik Baki Akaun CDS-MOF

     STATISTIK BAKI AKAUN CDS-MOF

    Tahun Seksyen 14 Seksyen 29 Seksyen 30
    Bil Kaunter Unit Saham Bil Kaunter Unit Saham Bil Kaunter Unit Saham
    2023  7 1,488,352 49 9,986,092 11 5,115,551
    2022 6 1,165,852 49 9,986,092 11 5,115,551
    2021 5 2,163,802 49 9,986,092 11 5,115,551
    2020 4 405,102 50 9,986,094 11 5,115,551
    2019 3 270,102 50 9,986,094 11 5,115,551

     

    khidmat cds

  • Muat Turun Dokumen

    Senarai Semak (Pin.1/2021) – Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti:

    BIL.

    DOKUMEN

    FORMAT

    1

    PERMOHONAN OLEH INDIVIDU

      Muat Turun (.pdf)  

    2

    PERMOHONAN OLEH SYARIKAT

      Muat Turun (.pdf)  

    3

    PERMOHONAN OLEH WARIS (EMPUNYA TELAH MENINGGAL DUNIA)

      Muat Turun (.pdf)  

    Senarai Borang – Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti:

    BIL.

    DOKUMEN

    FORMAT

    1

    BORANG SPS2 (Pin.1/2021)

       Muat Turun (.pdf)

     

    2

    BORANG UMA-7 (Pin.1/2015)

       Muat Turun (.pdf)  

    3

    BORANG UMA-8S (Pin.1/2016)

       Muat Turun (.pdf)  

    4

    BORANG PERMOHONAN BAYARAN MELALUI BANK DERAF/TT

       Muat Turun (.pdf)  

Semua Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti atau sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti perlu dikemukakan kepada alamat Pendaftar Wang Tak Dituntut seperti berikut :

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 7, Persiaran Perdana
Presint 2, 62594 Putrajaya

Tel : 03 8000 8700/8701/8702

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup